Oct 15, 2019

Meriahnya Suasana di Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran



Hai korang! Siapa kat sini suka masuk run? Yaya memang suka tengok orang pergi event run tapi belum berkesempatan lagi huwaa lepas ni kena joinlah hihi. Yaya nak share dengan korang pada 13 Oktober 2019 (Ahad) lepas, Yaya berkesempatan menyaksikan sendiri acara larian santai "Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran" yang diadakan di Bangi. Memang meriah sangat dan ramai orang sungguh!  


Penganjuran untuk tahun ketiga pada kali ini oleh Kumpulan Megaklinik Zahran mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 1,500 perserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum dan masyarakat. Diserikan lagi dengan artis jemputan dan juga penaja yang bukan calang-calang ya. Semuanya memang hebakk ~



Menariknya, penganjuran kali ini turut disertai oleh pihak atasan seperti CEO Megaklinik Zahran , YB Ahli Dewan Undangan Sungai Ramal, Mazwan Johar. Terdapat 3 jenis kategori Fun Run kategori iaitu 3km , 5km dan 10km yang melibatkan semua kategori umur. Memang seronok! 



Ashraff Muslim antara golongan artis yang hadir memberi sokongan dalam usaha menghangatkan lagi kempen amalan gaya hidup sihat oleh pihak penganjur.




Bagi Yaya pengacara memainkan peranan penting dalam memeriahkan suasana sesuatu majlis. Memang terbaik sekali pemilihan Radin dari radio Era dan juga Falyq Hikyle yang merupakan penyampai radio Zayan. Gabungan yang sangat serasi dan memberi impak kepada suasana gamat dan ceria pada FunRun kali ini.


Sumbangan cenderahati kepada sebahagian penaja Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran





Antara pemenang yang sempat diambil di lensa kamera Yaya. Macam tak percaya ramai golongan muda yang berminat menyertai larian santai seperti ni. Maklumlah Yaya first time join untuk tengok sendiri bagaimana program fun run dijalankan. Kalau nak tahu, lagi ramai budak sekolah menang dari orang dewasa omg!!











Comel je adik ni. Dia menang Johan bagi 3KM okay! Kalau kak Yaya yang lari baru 200m kak Yaya dah nak duduk tepi kot hahaha


Adik ni pun Johan juga, Thanks sebab sporting ambil gambar! :)


Acara yang ditunggu-tunggu buat semua perserta. Of course la acara cabutan bertuah. Banyak gila hadiah yang disediakan okay! Yaya pun rambang mata lepas tu menyesal kenapa tak join hahaha next year nak joinlah!


Semua sedang tekun dan sabar menanti sambil berdoa semoga nombor yang dicabut nanti terkena ke tuan badan hihi


Antara pemenang cabutan bertuah Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran




Adik ni menang telekung Siti Khadijah! Best sangat! Mesti dia bagi mak dia kan. "Nak.. Mak teringin telekung Siti Khadijah..." Memang terngiang-ngiang je mantra di papan iklan dan billboard kalau lalu highway hahaha


Kakak ni pun dapat cabutan bertuah juga. Tahniah!


Akak ni memang peti ais wehhhh OMG bestnyaaaa T_T


Grand Prize bagi acara cabutan bertuah pula dimenangi oleh adik kecil ni! Memang bertuah sungguh la. Hadiah percutian 3 Hari 2 Malam ke Bali, Indonesia dan tiket penerbangan ditanggung untuk 2 orang. 


Adik yang menang bersama keluarga tersayang. Tahniah semua! Geram tengok yang kecik sekali tu kemain bergaya dia buat peace haha


Medal Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran yang sangat cantik sebab bentuk love sebagai tanda simbol jantung :)


Antara booth yang terlibat dan membuat jualan pada Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran



Antara artis yang turut serta selain Ashraff Muslim ialah Ikhwan Fatanna dan artis naungan Badak United.


Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Megaklinik Zahran, Nafidz Razak, penganjuran acara larian tersebut adalah salah satu inisiatif pihaknya untuk mendekati pelanggan termasuk masyarakat setempat.

“Jika dilihat, belum ada lagi mana-mana klinik yang menganjurkan program menarik seperti ini dan hanya beroperasi sebagai sebuah klinik kesihatan semata-mata. Satu prinsip yang saya pegang, mahu menjadi yang pertama dalam apa juga perkara dan salah satunya menerusi usaha ini. Kami mahu bergerak sebagai sebuah klinik atau jenama yang berbeza daripada yang lain yang mampu memberi khidmat pada masyarakat dalam cara tersendiri,”.



Bersama team media yang hadir di Heart For Heart Fun Run 2019 Megaklinik Zahran


Megaklinik Zahran juga telah merangka program menarik menjelang hujung tahun ini menerusi penganjuran Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam tempoh sebulan.


Pakej Berkhatan yang sedang dibuka sekarang berharga RM199. Program ini diberi nama Mega Sunathon dengan sasaran lebih 1,000 kanak-kanak lelaki akan dikhatankan dalam tempoh sebulan. Untuk Pakej Berkhatan ini ianya menggunakan kaedah teknologi terkini iaitu Electric Diathermy. Dengan kaedah ini akan membantu dari segi mengurangkan pendarahan dan kesakitan serta dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan pengeringan luka. Yang pastinya anak - anak akan dikhatan oleh pegawai perubatan (MO).


Harga RM199 adalah termasuk ;
- Konsultasi oleh pegawai perubatan
- Prosedur pembedahan kecil berkhatan
- Suntikan bius setempat
- Ubatan (tahan sakit)
- Dibantu oleh jururawat terlatih


Bagi menggembirakan lagi anak-anak kecil itu nanti , mereka akan mendapat Tanjak Pahlawan Muda Berani dan Sijil Saya Hero Sejati. Juga terdapat “Sunathon Merchandise” yang dijual seperti Azim Pro Virgin Coconut Oil (RM12) , Bouquet Congratulation (RM20-RM30) , Seluar Khatan (RM25) , Garam Rendaman Sitz Bath (RM6) , Kain Pelikat Kanak -Kanak (RM19) dan T-Shirt Sunathon (RM20).


Lagi best sekarang ni, kalau korang nak dapatkan rawatan di Megaklinik Zahran, korang tak perlu beratur panjang untuk mendapatkan rawatan disini. Kini pendaftaran boleh dibuat melalui Whatsapp dan Telegram di nombor 017-2572525 sekurang-kurangnya satu (1) jam sebelum tiba di klinik dan nombor giliran hanya akan dipanggil selepas satu jam. Ianya bagi memberi kemudahan kepada pesakit supaya tidak menunggu lama sebelum mendapatkan rawatan terutama buat kanak-kanak dan warga tua yang tak daya nak menunggu lama. Sedang diusahakan sekarang pula adalah aplikasi atas talian dibawah Megaklinik Zahran sendiri bagi memudahkan semua orang bagi mendapatkan rawatan di Megaklinik Zahran. Lagi senang la lepas ni nak dapatkan rawatan di Megaklinik Zahran ^_^


Ramai bertanya kenapa ianya dipanggil "Megaklinik". Ini kerana Megaklinik Zahran merupakan salah satu klinik yang menyediakan ruang katil bagi pesakit contohnya bagi pesakit yang menghidap Denggi dan seumpamanya. Ini memudahkan pesakit bagi mendapatkan rawatan awal seperti water drip bagi keselesaan pesakit.


Kalau nak tengok promosi servis dan rawatan di Megaklinik Zahran, KLIK SINI


Setakat ini, Megaklinik Zahran mempunyai lima cawangan di Selangor iaitu di Seksyen 7, 8 & 9 Bandar Baru Bangi, Bandar Teknologi Kajang dan Bandar Tun Hussein Onn (Cheras). Megaklinik Zahran juga terdapat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Kini, Megaklinik Zahran sedang merangka operasi di cawangan baharu bermula awal tahun hadapan di beberapa lokasi lain termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Melaka dan Johor Bharu. Tahniah Megaklinik Zahran! Semoga terus sukses dan maju jaya!


Untuk maklumat lanjut :

No.Tel : 017-257 2525 (setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 8.00 malam)

#FunRunZahran2019

Terima kasih sudi baca

14 comments:

  1. Haha, great event indeed at the FUN RUN - to advocates healthy living among Malaysian. Auntie Lilly don't run but POWER WALK at home every day for 30 mins too!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ada fun run ni. Memang teringin nak join sebenarnya, tapi belum sempat lagi. Seronok tengok hadiah yang ada, sangat best.

    ReplyDelete
  3. Fun run is a good activity to participate. Glad that you enjoy this kinda activity. Truskan babe. Stay healthy.

    ReplyDelete
  4. cute giler theme larian tu. pink mmg pilihan lah takkan tukar yg lain.

    ReplyDelete
  5. Bagusla eb=vent fun run..bolehlari bersama keluarga..hehee..nad suka tapi dah lama tak join..wah klinik ni ada dekt tun hussein on..menarikk

    ReplyDelete
  6. syoknya, always suka kalau orang buat run run ni. tapi belum berkesempatan lagi nak join. insyaAllah will do

    ReplyDelete
  7. Sekali sekala join fun run ni best jugak kan. Syira pun teringin jugak nak join. Best

    ReplyDelete
  8. So fun! I am looking for running events that can bring kids or stroller! Ah.... I missed this event!

    ReplyDelete
  9. Biasanya kalau Fun Runmemang ramai yang join. bagus sangat aktiviti macam ni dan bukti yang rakyat Malaysia sokong penjagaan kesihatan. Tahniah kepada yang ikuti aktiviti sihat begini.

    ReplyDelete
  10. Waaaa klinik ada buat fun run sendiri! Bestnya. And depa buat sangat sangat proper pulak tu. Ha, kan bagus gini.

    Good things too depa share about pakej berkhatan ni sebab ada parents yg masih tak tau klinik swasta pun ada provide service khatan kan.

    ReplyDelete
  11. Wahhh meriah gila ni.. saya tahu klinik ni.. biasa balik Bangi. Syabas klinik zahran ni sebab anjurkan Fun Run yang sangat meriah macam ni. Bila la saya nak cuba join. Fun run santai skit.

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok fun run ni. Dapat dekatkan peserta program dengan Megaklinik Zahran. Tahniah atas penganjuran program sihat seperti ini

    ReplyDelete
  13. Ramainya orang masuk meriah memang nampak kemeriahannya hehehe kita pun kalau boleh nak join tak tahu lak bila ada nya.... Next time lah yer tengok macam best jer hadiah pun banyak..

    ReplyDelete
  14. wow so much people attending the event, I haven join a run before, maybe I should join one in the future.

    ReplyDelete