Jul 16, 2018

Senaman Cara Orang Lama Untuk Kecantikan Dalaman Gaya Sarina's Secret

Hi semua! Ingat tak bila kali terakhir korang bersenam? Yaya last sekali join senamrobik kat Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn. Tapi gap sebelum hari senamrobik tu serius dah lama gila aduhai tu yang badan rasa lemau je sebab peluh tak keluar. Yaya paling tak suka jogging sebab rasa penat berlari kosong macam tu. Yaya suka senaman setempat dan kalau boleh gunakan muzik macam senamrobik atau zumba. Yaya tahu ramai yang suka zumba kan? Lagi-lagi kaum wanita. Orang panggil senaman moden gitu hihi syok kan menari sambil keluarkan peluh.


Pernah tak terfikir macam mana orang lama bersenam dan menjaga kesihatan selain dari pemakanan yang sihat? Yaya pun tak pernah tahu sampailah Yaya pergi ke sidang media untuk program terbaru dari Sarina's Secret.


Sidang Media Program Sarina's Secret yang diadakan di Palm Garden Hotel IOI City Resort

Program Senaman Tradisional Gaya Sarina's Secret ini ialah tentang perkongsian tips dan petua menjaga kecantikan dalaman dan luaran istimewa untuk wanita. Pengasas Sarina's Secret iaitu Hajah Sarina Hashim atau lebih mesra dipanggil Kak Tam, akan berkongsi tips beliau untuk kekal sihat melalui pemakanan, senaman, pantang larang dan juga rutin penjagaan dalam kehidupan seharian.


Kak Tam yang sudah berusia 54 tahun ini berkongsi pengalaman beliau dari seorang yang mempunyai berat obesiti sehingga mendapat berat badan yang ideal.


Transformasi Kak Tam dari usia beliau 48 tahun sehingga umurnya sekarang iaitu 54 tahun. Letops bukan?


Kak Tam percaya setiap wanita harus menjaga kecantikan dalaman mereka demi kesejahteraan diri sendiri untuk beribadah ketika umur makin meningkat. Hmm Yaya setuju tang ni. Segan pula nak susahkan ahli keluarga kalau kita ditimpa sakit huhu nauzubillah. 


Antara senaman tradisional gaya Sarina's Secret yang akan dikongsikan oleh Kak Tam ialah :
  1. Senaman Teratai Menguntum
  2. Senaman Kucing Mengawan
  3. Senaman Mencantikkan Payudara
  4. Senaman Unta
  5. Senaman Ular Senduk
  6. Senaman Susuk Belangkas
  7. Senaman Buaya Betina
Dan pelbagai jenis senaman lagi. Mula-mula Yaya terkedu dengar antara nama senaman ni hahaha seriuslahhh! Tapi lepas tu macam curious dan excited nak cuba hehe :p



Mensasarkan lebih 10,000 penyertaan hingga akhir tahun 2018, program Sarina's Secret akan menjelajah ke 10 destinasi pilihan diseluruh Malaysia yang akan bermula pada pertengahan Ogos nanti.

Menurut Ketua Pegawai Operasi SSDJ iaitu Dr. Hairi Hashim, seramai 300 penyertaan layak mengikuti program ini bagi setiap lokasi dengan yuran pendaftaran sebanyak RM25 sahaja. Murah gila kau orang weii :O


Wujudnya Program Sarina's Secret ini adalah dari hasrat murni Kak Tam sendiri yang ingin berkongsi tentang tips penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh beliau kepada wanita yang semakin meningkat usia. Semuanya bermula dari satu kisah beliau yang akhirnya menyedarkan beliau tentang pentingnya menjaga berat badan dan juga kesihatan diri.


Malu dengan pertanyaan doktor kepada suami beliau iaitu, "Berapa usia ibu kamu?", Kak Tam nekad untuk mengubah cara pemakanan dan juga mendapatkan berat badan yang ideal (berat asal 90kg). Beliau mengamalkan petua, senaman dan pantang larang yang turut diamalkan oleh ibunya sendiri iaitu Cik Puteh.


Kak Tam yang merupakan bekas guru dan telah terlibat dalam perniagaan produk kesihatan dan kecantikan selama 23 tahun ini juga berharap agar ramai wanita Malaysia sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan. Dengan adanya Program Sarina's Secret, beliau ingin membantu wanita dari seluruh negara dengan menyertai program ini bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat, cergas, awet muda dan sentiasa bertenaga walaupun telah berusia.


Sesi pertama bagi program Sarina's Secret ini akan bermula di Pahang mulai bulan Ogos 2018 dan diikuti negeri terpilih seterusnya. Bezanya jelajah Program Sarina's Secret kali ini menyasarkan lebih ramai perserta bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, kecantikan luaran dan dalaman, gaya hidup sihat supaya kekal sihat, cantik, cergas walaupun telah meningkat usia.

Jom kita tengok antara gambar semasa Program Sarina's Secret yang diadakan sebelum ini ^_^









Jadual Program Sarina Secret

11hb Ogos : Kuantan (Sabtu)
Grand Darul Makmur
10.00 am - 12.00 am

31hb Ogos : Kota Bahru (Jumaat)
3.00 pm - 5.00pm

1hb Sept : Kuala Lumpur (Sabtu)
10.00 am - 12.00 am

Seremban
Allson Klana Hotel
2.00 pm - 4.00 pm

2hb Sept : Shah Alam (Ahad)
10.00 am - 12.00 am

7hb Sept : Johor Bahru (Jumaat)
3.00 pm - 5.00 pm

8hb Sept : Batu Pahat (Sabtu)
10.00 am - 12.00 am

15hb Sept : Free (Sabtu)
16hb Sept : Free (AHAD)

22hb Sept : Ipoh (Sabtu)
10.00 am - 12.00 am

29 Sept : Alor Setar (Sabtu)
12.00 am - 3.00 pm

30 Sept : Penang (Ahad)
12.00 am - 3.00 pm


Dengan yuran pendaftaran berharga RM25 sahaja, bagi Yaya memang sangat murah dan berbaloi! Seronoknya dapat belajar senaman tradisional tok moyang kita dan dalam masa yang sama boleh mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai dan mempelajari senaman tradisional gaya Sarina's Secret di salah satu lokasi yang diadakan, korang boleh terus buat pendaftaran secara online di laman Facebook Sarina's Secret . Save the date! ^_^



Terima kasih sudi baca

20 comments:

  1. Menarik ni, yaya. Melaka xde plak. Murah plak tu.
    Aida skang jogging skit lebih kurang. Aerobik kalau sempat :-)
    Aida suka join aerobik ala-ala makcik ni hi hi hi... Bcoz tempo nyer sesuai.
    Lama jugak x jog kat hussein onn. Kat tasik sama Yaya la kot. Sebab kalau ke rumah kakak, Ahad pagi2 kami da balik Melaka, anak aida tuisyen.

    ReplyDelete
  2. Murahnya RM25 yuran dia. Tapi nama-nama senaman orang dulu-dulu ni memang agak menakutkan kan? Hahhahaha. Still tak boleh terima nama-nama tu

    ReplyDelete
  3. unik betul nama senamannya, kalau dekat dengan rumah ni mau gak kak lily join ek

    ReplyDelete
  4. alahai.. kalau dekat dengan rumah TB kan bets.. nak jugak join.. syok join macam ni.. dapatkan bagi badan fit dan ada stamina.. boleh kurus sekali.. murha pulak tu rm25 je yaya? terbaik

    ReplyDelete
  5. Great way to lose those extra weight and maintain a good BMI and healthy lifestyle.

    ReplyDelete
  6. Murahnya yuran pendaftaran. Kalau dekat syira pun nak jugak join. Best jugak dapat belajar senaman tradisional ni. Why not kn

    ReplyDelete
  7. Wah kak Tam usianya 54 pun badan still maintain dan jaga rapi . Tak pernah zumba kita biasa treadmill je . Teringin nak Cuba takut step tak sempat ikut .

    ReplyDelete
  8. Wow! Kagum dengan perubahan dan terkejut bila tau usia Kak Tam. Rawlins pun gigih bersenam sebab taknak pelbagai penyakit menyinggah. Chaiyok!

    ReplyDelete
  9. Akk lama dah tak buat senaman..cam tak larat je badan nak buat senaman. Tapi tak bagus jugak kan kalau malas2 cam ni...nampak gaya mmg kena hilanglan malas tu dulu..dah beumur ni mmg kena rajin jaga kesihatan. Kalau dekat gan rumah mmg akk teringin jugak nak join aktiviti mcm ni

    ReplyDelete
  10. kadang orang nak turunkan berat badan sibuk diet sampai jatuh sakit. actually amalkan hidup sihat tu pun dah dikira salah satu cara untuk turunkan berat badan. ainy pun ada kawan yang bersukan, bersenam macamni untuk kuruskan badan. baguslah kan dalam dapat kuruskan badan, dapat jugak sihatkan jantung. ainy tengok ada buat kat shah alam 2 september ni, nak bagitahu kawan tulah kot dia nak join. yuran pun murah je tu. 🤗

    ReplyDelete
  11. Bagusnya..pendaftran pun murah..saya duk join zumba dekat rumah saya ni..bayar per entrance RM6 sahaja..ok la kan..dpt jugak burn calories n bersenam dalam masa yg sama...

    ReplyDelete
  12. Ala takde buat kat Terengganu pulak..

    ReplyDelete
  13. uisshh murahnya bayaran dia.... cara senaman dia pon xdelah susah pon... senang nak buat kan? umur dah 50 an tapi kekal maintain cantik je body dia..jeles tgok..hehe

    ReplyDelete
  14. For only RM25 this is really worth it hopefully peopl will start adding exercising into their schedule it's good for their health.

    ReplyDelete
  15. Macam macam cara ada untuk kita jaga kesihatan dan nak nampak awet muda kan sis. yang penting makan nak jaga dan pakai produk kecantikan yang selamat

    ReplyDelete
  16. bestnya tengok aktiviti macam ni. dah lama tak bersenam. ni caranya nak motivasi diri untuk lebih rajin bersenma sertai kelas yang ada batarann (berbaloi) kitapun akan lebih konsisten join dan bersenam

    ReplyDelete
  17. Amboi nama senaman semua bernafsu. Hahaha. Senaman Teratai Menguntum, Senaman Kucing Mengawal, Senaman Mencantikkan Payudara, Senaman Unta, Senaman Ular Senduk, Senaman Susuk Belangkas, Senaman Buaya Betina. Tapi tengok gaya macam yoga dan pilates. Walau apa pun, bagus ada aktiviti begini. Biar ibu ibu bersenam dan bila ada kawan baru lg seronok.

    ReplyDelete
  18. boleh pergi yang dekat johor sept ni

    ReplyDelete
  19. Eh eh, 54 tahun badan macam tu? Memang tabik lah. Suka dengar nama senaman dia, unik dan rare gitu. Haha

    ReplyDelete
  20. Umur 54 tahun still maintain dan menarik. Program yang dutawarkan pun menarik dan bagus untuk menjaga kesihatan dan kecantikan tubuh badan. Tak perlu makan ubat kurus pun badan tetap cantik dan sihatkan

    ReplyDelete