Jun 11, 2018

Lebih Mudah dan Cepat Dengan BusOnlineTicket.com



Siapa ada pengalaman tiket bas dah habis? Yaya pernah tau korang. Dah la penat-penat turun KL kat Pekeliling. Sebab masa tu nak beli tiket bas ke Temerloh (time ni PJJ sat dengan Shawn sementara dia habis housemanship). Sampai sana dah la hujan, lepas tu nak kena berlari anak pula nak cari kaunter tiket yang masih available. Last-last semua dah habis! Time tu orang semua dah beli tiket awal untuk Raya Haji :(


Dengan sedih dan sayu hati, terpaksa balik rumah. Tapi sebab sedih sangat tak dapat beli tiket bas, Yaya pergi tengok wayang hahaha -.- . Syukurlah bila arus pemodenan semakin pesat membangun ni, semua di hujung jari je. Sekarang ni tak payah susah-susah nak habiskan petrol dan tenaga beratur beli tiket bas. BusOnlineTicket.com dah ada untuk memudahkan urusan kita yeayy! :D



Tempoh hari Yaya telah dijemput sebagai KOL untuk memeriahkan lagi suasana di roadshow #BOTFUNRAYA yang diadakan di Uptown Jalan Reko, Bangi. Memang meriah sangat dengan kehadiran orang ramai yang kebetulan ingin membeli persiapan hari raya yang tinggal beberapa hari lagi.



So apa dia BusOnlineTicket.com ni?

Ia sebenarnya merupakan platform bagi memudahkan pengguna untuk membeli TIKET BAS, TIKET KERETAPI dan juga TIKET FERI secara ONLINE.

Serius memang memudahkan kita semua kerana sekarang ni semuanya di hujung jari sahaja. Tak payah beratur panjang dah.

Tapi sebelum tu, buat mereka yang suka selfie dan juga wefie, jangan lupa join "RM500 Duit Raya Giveaway" dari BusOnlineTicket.com ni tau! Caranya mudah sahaja. Korang cuma perlu bergambar dengan latar belakang poster BusOnlineTicket.com , like dan follow IG/FB BusOnlineTicket.com dan kemudian upload gambar di IG/FB dengan hashtag #BOTFUNRAYA. Pemenang akan diumumkan pada 14 Jun 2018 nanti.



Pelbagai aktiviti menarik dan juga permainan yang diadakan pada malam itu. Memang seronok dan happening! Kebanyakan pengunjung juga sporting untuk mengambil bahagian. Mana taknya, pelbagai goodies menarik disediakan buat mereka yang sporting dan juga duit raya bagi pemenang setiap aktiviti.






Paling gamat tentulah pertandingan makan kuih raya siapa paling cepat. Berdebar tau tengok diorang makan. Yaya siap bagi tips makan je pakai tangan hahaha. Mujur abang baju merah tu dengar tips Yaya dan dia orang pertama yang habiskan makanan dan sekaligus menang pusingan pertama. Hadiahnya tentulah duit raya! ;)



Aktiviti seterusnya ialah tarian lagu hari raya dari Dato Vida. Time ni memang keadaan terus meriah dengan sorakan dari penonton di bawah pentas.


Bergambar bersama para pemenang.

Bagi mereka yang tengah plan untuk bercuti serta malas nak drive dan kalau boleh nak naik bas, keretapi atau feri, korang boleh menempah destinasi pilihan korang di BusOnlineTicket.com sekarang sebab Yaya nak bagi discount code khas untuk korang! Cuma masukkan discount code "YAYA" semasa check out nanti dan korang terus layak untuk discount 12%! Code ini sah sehingga 31 Ogos 2018 tapi korang boleh beli untuk tarikh bila-bila pun. Siapa dah plan pulang bercuti untuk Raya Haji nanti bolehlah beli dari sekarang hihi :)

Caranya ialah :


2. Pilih Tarikh dan Destinasi pilihan

3. Masukkan discount code 12% "YAYA" semasa checkout (Code sah sehingga 31 Ogos 2018)

4. Buat pembayaran secara online


1. Layari website BusOnlineTicket.com


2. Pilih Tarikh, Destinasi dan pilihan tempat duduk.


3. Masukkan discount code 12% "YAYA" semasa checkout (Code sah sehingga 31 Ogos 2018)


4. Pop-up pengesahan untuk discount


5. Buat pembayaran secara online 


Mudah kan? Haa lepas ni tak payah pening kepala fikir nak beratur panjang untuk beli tiket. Beli sahaja di BusOnlineTicket.com ;)


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @busonlineticket

DISCOUNT CODE 12% OFF : YAYA



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment