Jan 20, 2018

Tasneem Naturel Balm Untuk Bayi dan Keluarga



Hai korang! Musim hujan baru-baru ni sejuk betul kan? Dalam masa yang sama macam musim demam juga bagi anak-anak kecil. Dahlia haritu demam panas Allahu Yaya sebagai ibu memang tersangat risau la kalau boleh setiap 1 minit nak pantau suhu dia. Sekarang Alhamdulillah dah sihat kembali ceria anak solehah Dahlia Safiya. Sejak dah 7 bulan lebih ni macam-macam perangai bijak dia buat. Yang terbaru lepas demam ni dia dah macam seriau taknak makan ubat. Kalau dulu bukan main suka sekarang ni meronta-ronta minta lepas ^^' Kita ni risau kalau demam dia tak kebah atau selesema dia makin teruk haa tapi nak tahu tak Yaya syukur sangat Dahlia tak kena selesema yang sampai susah dia nak bernafas tu. Alhamdulillah.


Time ni masa Dahlia demam nak tumbuh gigi tu yang muka dia takdak mood ala cian anak ibu. Mostly Yaya perasan kalau baby demam mesti dia dapat selesema sekali. Yaya paling risau kalau Dahlia kena selesema teruk sebab baby ni tak pandai hembus hingus macam kita so Yaya takut hingus tu nanti jadi kahak dan buat dia susah nak bernafas dan tidur dengan selesa. Yaya ada baca pasal Tasneem Naturel Balm sebelum ni so selepas dah tahu kebaikannya memang Yaya teruja nak sapukan pada Dahlia.

Balm Tasneem Naturel ini mempunyai 4 jenis iaitu :
  1. CoughFlu Time 
  2. Tummy Time 
  3. Calm Time
  4. Sleep Time
Kesemua jenis balm ini menggunakan ramuan unik dengan fungsi tertentu. Yang penting bagi Yaya selain ada kelulusan KKM, ianya bebas dari kandungan kimia yang berbahaya dan tiada campuran SLS atau Paraben yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi yang halus mulus.

Antara kandungan dan khasiat utama Tasneem Naturel Balm ialah Beeswax, Shea Butter, Minyak Kelapa Dara dan juga Essential Oil atau pati minyak.

Beeswax
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.
Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Bahan semulajadi ini dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

Shea butter
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.
Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Nature. Minyak kelapa sudah terkenal dengan 1001 manfaat. Minyak kelapa dihasilkan daripada isi kelapa.
Minyak kelapa sangat lembut dan halus dalam merawat kulit bayi. Malah ia mampu menyembuhkan penyakit-penyakit kulit anak anda seperti ekzema, kulit melecet dan kulit kering. Ia juga bagus diletakkan di rambut.

Minyak Pati / Essential Oil
Kekuatan produk Balm Tasneem Nature ini adalah pada Essential Oil yang digunakannya. Essential Oil yang digunakan adalah daripada Young Living. Antara produk yang berkualiti tinggi ketika ini dalam menyembuhkan penyakit dan mengatasi masalah-masalah tertentu secara semulajadi.

CoughFlu Time
  • Membantu mengurangkan selesema dan mencairkan kahak
  • Membantu melegakan asthma dan pernafasan
  • Melegakan demam dan selesema

Kandungan yang terdapat dalam CF-RUB ini ialah euclyptus oil, cypress, tea tree dan lemon. Yaya suka dengan baunya yang lembut dan mesra dengan hidung bayi.

Cara Guna : Sapukan sedikit pada batang hidung, laluan tulang belakang badan, laluan tekak, dada dan tapak kaki.




Tummy Time 

  • Membantu membuang angin di dalam perut
  • Membantu melegakan perut bayi yang kembung atau sebu
  • Melega dan melancarkan sembelit atau bayi yang sukar membuang air besar
  • Orang dewasa / kanak-kanak yang mempunyai masalah sakit perut

Antara ramuan yang terdapat pada Tummy Time balm ialah Fennel, Ginger, Wild Mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Juniper. Selain dari sesuai bagi bayi, orang dewasa juga boleh menggunakan balm ini. Yaya pun tumpang sekaki kalau perut rasa tak sedap hihi :p

Cara guna : Sapukan pada tapak kaki dan juga pada perut bayi dengan urutan ‘love’



Calm Time

  • Memberi keselesaan kepada bayi
  • Menenangkan bayi yang meragam/menangis/tantrum
  • Melegakan keletihan dan tekanan

Antara kandungan Calm Time ialah Lavender, Naval Orange, Marjoram, Targerine, Geranium, Frankinsense, Bargamot. Balm ini menjadikan anak kita lebih tenang dan ceria serta kurang meragam atau menangis. Ibu-ibu yang berdepan dengan masalah anak yang sedang beralih bulan dan meraganmboleh cuba balm calm time ya!

Cara Guna : Sapukan di laluan tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.



Sleep Time

  • Membantu bayi tidur mudah tidur dan juga tidur lena 
  • Menjadikan anak bangun tidur dengan mood ceria
  • Meningkatkan kualiti tidur bayi 

Ianya mengandungi ramuan Cedar, Vetiyer, Roman Chamomile, Sweet Orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang Ylang. Kesemua bahan ini berupaya membantu bayi untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti di malam hari.

Cara guna : Sapu di nadi belakang telinga, tapak kaki, laluan tulang belakang dan juga pergelangan tangan.


Jujurnya Yaya suka dengan Tasneem Naturel Balm yang comel ini dan mudah dibawa kemana-mana. Paling penting ianya sangat mesra dengan kulit bayi dan tidak melekit. Teksturnya yang mudah meresap dengan baik menjadikan Yaya terus jatuh cinta dan sememangnya akan terus menggunakan Tasneem Naturel Balm selepas ini. Kalau korang berminat nak beli, boleh beli dengan harga promosi yang sedang berlangsung sekarang iaitu cuma RM49 untuk sebotol Tasneem Naturel Balm. Kalau beli 4 botol, boleh dapat harga lagi murah tau. Jangan lupa dapatkan okay! Memang berbaloi sangat ^_^


Bila dah masuk 7 bulan ni kadang2 Dahlia tidur malam tak lena asyik2 terjaga. So sekarang sebelum tidur kena sapu Sleep Time balm @tasneemnaturel dulu baru ibu ayah boleh lena sekali๐Ÿ˜‚✌๐Ÿป๐Ÿ’• . Yang bestnya, balm Tasneem Naturel ni menggunakan bahan semulajadi dan sesuai digunakan dari sekecil bayi sehingga orang dewasa kerana ianya : . ๐Ÿ‘‰๐ŸปFree Paraben ๐Ÿ‘‰๐ŸปFree SLS ๐Ÿ‘‰๐ŸปKKM approved . @tasneemnaturel mempunyai 4 jenis balm iaitu : . 1. Sleep Time - Untuk anak yang mempunyai masalah tidur tak lena 2. Calm Time - Untuk anak yang tantrum, kerap menangis 3. T-Rub - Untuk menangani masalah kembung, sembelit, sakit perut 4. CF-Rub - Untuk demam, batuk dan selesema . So yang mana pilihan korang?๐Ÿ˜˜✌๐Ÿป . #tasneemnaturel #tasneembabybalm #tasneemnaturelhq #parentingblogger #malaysianblogger #yayanatsumi
A post shared by Malaysian Blogger (@yayanatsumi)



Untuk maklumat lanjut :

Instagram: @tasneemnaturel

Alamat : 15-1, Jalan Putra Kajang, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor

No Tel: 011-20964665 / 010-8453469




Terima kasih sudi baca

5 comments:

  1. assalamualaikum yaya. akak pun sekarang tengah pakai balm sleep time tu. tak tahulah kenapa payah sangat nak tidur lately. alhamdulillah dah okay sikit sejak pakai balm tu. moga serasi untuk kita semua ya dan dahlia sihat selalu hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Baguslah balm ni.. pastu cute gila packaging die

    ReplyDelete
  3. Sangat cocok sekali blam sleep time tu,sudah 3 bulan,dan Alhamdulillah hasilnya memuaskan.

    ReplyDelete
  4. Bukan baby je. Anak akak yang umur 8 tahun pun serasi pakai ni. Wajib ada satu set di rumah

    ReplyDelete