Jan 12, 2018

Softree Malaysia | Aiskrim susu organik yang paling sedap!



Pencinta aiskrim? Suka sangat makan aiskrim tapi kalau boleh nak yang lebih berkhasiat dan bersifat organik? Tak payah risau dah lepas ni korang boleh makan aiskrim banyak-banyak tanpa rasa serba salah sebab Softree yang merupakan aiskrim dari susu organik kini telah dilancarkan di Malaysia yayy! :D

SOFTREE, merupakan jenama aiskrim terkemuka di Korea Selatan, kini telah membuka cawangan pertamanya di negara ini bertempat di pusat membeli-belah baharu, MyTown Cheras, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Softree Malaysia, Datuk Joe Tan berkata, Softree merupakan aiskrim yang sihat untuk dinikmati dan beliau mengharapkan sokongan ramai terhadap produk tersebut yang baharu diperkenalkan.

"Softree adalah aiskrim susu organik dan madu yang lembut. Ia diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, segar dan tulen dari Korea Selatan.


Kalau korang nak tahu, aiskrim Softree hanya menggunakan bahan-bahan yang segar, tulen dan berkualiti tinggi khas didatangkan dari Korea. Definisi aiskrim yang sihat pastilah kerana pembuatannya yang asli dan organik tanpa menggunakan bahan pengawet. Menariknya, Softree membawa 'trend' mereka yang tersendiri dengan menghasilkan produk aiskrim susu dan juga pembuatan aiskrim menggunakan sarang lebah.


Mempunyai pilihan aiskrim Original dan Dark chocolate mahupun campuran keduanya, pelanggan bebas untuk memilih topping yang menarik dari menu mereka. 


Bertempat di My Town Cheras, Kuala Lumpur, korang boleh ke sana dengan menggunakan MRT tau ;)



Jom kita tengok antara menu aiskrim yang menarik di Softree ^_^ 


Original
RM 10.90


Dark Chocolate
RM 10.90


Liquid Honey 
RM 12.90


It's Magic Lamp
RM 12.90


Cheese Ice Cream
RM 13.90


Guerande Sel
RM 12.90


The Good Affogato
RM 13.90


Yogurt Rangup
RM 12.90


Mango mango
RM 12.90


Mother Bread
RM 8.90


Wow! Honey chips *signature*
RM 13.90


Wow sarang lebah :O








Sibuk je dak tecik tu nak aiskrim kita juga. Btw, Yaya bagi baby Dahlia rasa sikit aduh tu yang dia nak lagi tu hahaha rasa susu sedap ye :p . Korang WAJIB try aiskrim Softree aiskrim ni tau! Pilihan Yaya ialah Wow! Honey chips dan juga Mango mango dengan basic aiskrim susu original. Serius sedap gilaaaaa! Very recommended! Jangan lupa try tau! ;D


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Softree Malaysia
Instagram : @softree.my
Alamat : Softree Malaysia
Lot No.B1 056, 
Basement 1,MyTown Shopping Centre, 
No. 6 , Jalan Cochrane, Seksyen 90, 55100 Kuala Lumpur





Terima kasih sudi baca

1 comment:

  1. sedapnya aiskim niii . pakkal laa tengah musim sejuk skrg. kalau tak memang serbu sekarang jugak . hihihihi

    ReplyDelete