Dec 30, 2015

Bayar Zakat Secara Online | Hikmah Kebaikan Kepada Pembayar Zakat

Sebelum Yaya teruskan, kebanyakan isi entri ini lebih berlandaskan kepada pengetahuan Islam, oleh itu haruslah Yaya menggali beberapa artikel di internet supaya ianya sahih untuk dikongsikan. Lebih banyak membaca, lebih banyak pula pengetahuan baru yang Yaya dapat serap mengenai zakat. Alhamdulillah. Dengan itu, Yaya share semula bagi kalian mudah hadam tentang hikmah kebaikan membayar zakat sekaligus memberi info tentang bagaimana cara untuk membayar zakat secara online. Fuhh mudahnya sekarang. Semua di hujung jari. Tinggal nak atau taknak je. Yang pastinya, hukum membayar zakat ni wajib tau! Barulah sempurna salah satu rukun Islam kita in sya Allah.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta."

Huraian Hadith:

1. Harta juga adalah merupakan suatu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian kerana dalam proses mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhah.

2. Zakat merupakan alat untuk menyucikan harta demi menghindari keburukan dan kejahatan yang terkandung di dalamnya.

3. Tujuan zakat dalam syariat adalah untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir dan juga sebagai tnjang kepada kemaslahatan kaum Muslimin seperti untuk berjihad di jalan Allah, sebagai sumbangan kepada muallaf yang baru memeluk Islam dan pertolongan kepada kaum keluarganya serta perkara-perkara yang boleh mengukuhkan agama dan kedaulatan negara Islam.

4. Islam berprinsip bahawa seluruh harta pada hakikatnya hanyalah milik Allah SWT. Manusia adalah ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan zakat yang diwajibkan itu berfungsi sebagai satu jaminan sosial dalam Islam. (islam.gov)


Adapun hikmah mengeluarkan zakat di antaranya adalah seperti berikut:

1. Menolong orang yang susah dan lemah dalam hal ekonomi, agar ia dapat menunaikan kewajibannya kepada Allah dan terhadap makhluk-Nya.

2. Membersihkan diri yang mengeluarkan zakat dari sifat kikir dan akhlak yang tercela, serta mendidik agar bersifat mulia dan pemurah dengan membiasakan diri membayarkan amanat kepada orang yang berhak menerimanya.

3. Sebagai ungkapan syukur dan terima kasih atas nikmat kekayaan yang telah diberikan oleh Allah kepada orang yang mengeluarkan zakat.

4. Untuk mencegah timbulnya kejahatan-kejahatan yang mungkin timbul akibat kelemahan ekonomi yang dialami oleh mereka yang menerima zakat.

5. Untuk mendekatkan hubungan dan menghindari kesenjangan sosial antara yang miskin dan yang kaya. (catatan islami) 

Untuk pengetahuan bagi mereka yang belum tahu, terdapat 8 jenis golongan Asnaf yang layak menerima zakat iaitu :

1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiada harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin
Asnaf miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggungannya tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil
Amil ialah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

5. Asnaf Riqab
Riqab ialah seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik.

6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah.

8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat:
Putus bekalan dalam perjalanannya.

  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan.
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.


PPZ-MAIWP pula berperanan sebagai agensi yang mengutip zakat dari orang awam. Wang zakat tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan dan diagihkan kepada golongan Asnaf yang layak dan memerlukan. Jumlah 2.5% pula merupakan peratusan jumlah dari sebahagian harta yang wajib kita zakatkan.


In sya Allah tersembunyi keberkatan yang besar bagi mereka yang mengeluarkan zakat. :')


Berikut ialah cara bagi membuat pengeluaran zakat berdasarkan kaedah semasa :


1. Layari portal www.zakat.com.my 


2. Muat turun aplikasi i-zakat di Google Play dan Apps Store


3. Di kaunter PPZ-MAIWP seperti yang berikut :

  • Wisma PPZ, Tmn Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah, Lrg Hj Hussien 2 Kg Bharu 
  • Masjid Negara, Jalan Perdana KL 
  • Wangsa Maju, Wangsa Delima 6 
  • Presint 9, Putrajaya 
  • Presint Diplomatik, Putrajaya 
  • Masjid At Taqwa, TTDI 
  • Masjid Abd Raman B Auf, Jalan Puchong 
  • Masjid Imam Al Ghazali, Kepong 
  • UTC Pudu Sentral 
  • Labuan Times Square
  • Waktu Operasi Kaunter 

Waktu Operasi :

  • Isnin - Khamis (8.15 am. - 4.45 pm) 
  • Jumaat (8.15 am- 12.30 pm) (2.30 pm- 4.45 pm) 
  • Ditutup pada Sabtu minggu pertama dan ketiga 
  • UTC Sentral Pudu – 8.15 pagi – 10.00 malam 
  • Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadhan & Disember


4. Perbankan Internet melalui 13 buah bank iaitu :

1. www.maybank2u.com.my
2. www.rhb.com.my
3. www.bankislam.biz
4. www.cimbclick.com.my
5. www.ambg.com.my
6. www.hsbc.com.my
7. www.publicbank.com.my
8. www.standardchartered.com.my
9. www.irakyat.com.my
10. www.ocbc.com.my
11. www.affinonline.com.my
12. www.hlisb.com.my
13. www.kfh.com.my

5. Skim Thohir
Pemotongan zakat secara bulanan yang diselaraskan melalui Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan akan disertakan maklumat pemotongan di dalam slip gaji.


6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP 


Terdapat 2 buah van bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memudahkan orang awam membuat bayaran dan juga semakan zakat. Untuk pengetahuan, mereka bertanggungjawab untuk bergerak di kawasan Wilayah Persekutuan sahaja. Pihak PPZ MAIWP dan juga Baitumal MAIWP bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan hasil pungutan zakat diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan. Syaratnya penerima zakat itu mestilah :

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah


Semoga kita semua terus istiqamah dalam membayar zakat seperti yang diwajibkan ke atas kita. Sungguh kata, bila kita selami setiap hikmah yang pembayar zakat dapat apabila meng-infak-kan sebahagian harta mereka, memberi kita rasa keyakinan terhadap sesuatu. Ibaratnya macam kita mencuci harta kita. Mungkin ada di sebahagian harta yang bukan milik kita. Maka dengan itu, apabila menunaikan zakat, harta yang kita punya lebih terjamin keberkatannya. :')


Untuk pengetahuan korang, sekarang ni masih berlangsung Kempen 'Zakat Online' yang akan berakhir pada 31 Disember 2015 pada pukul 9 malam. Sambil berzakat, mana tahu ada rezeki memenangi hadiah atau cenderahati yang disediakan. Cepat join tau sebelum tarikh tutup penyertaan! ^_^



Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Online :

Website Pusat Pungutan Zakat: www.zakat.com.my
Website MAIWP (Agihan Zakat) : www.maiwp.gov.my

Facebook PPZ MAIWP: www.facebook.com/myzakat
Facebook Baitumal MAIWP: www.facebook.com/baitulmal.wp

Pusat Panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222



Terima kasih sudi baca 

No comments:

Post a Comment