Tempoh hari Yaya bersama rakan blogger berkesempatan untuk menghadiri sesi perkongsian mengenai produk Rysya Skincare. Teruja juga sebenarnya masa nak pergi almaklumlah duta produk Rysya Skincare ni bukan calang-calang orangnya iaitu Rozita Che Wan. Cuma masa hari tu Che Ta takde pulok. Hihi.
Hai Che Ta!
Sesi perkongsian bersama pengasas produk Rysya Skincare, Puan Noorazlina. Cantik orangnya. Baik dan lemah lembut omey angat.
Untuk pengetahuan korang, produk Rysya Skincare terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak membahayakan kulit. Tambahan pula, produk Rysya Skincare bebas daripada bahan SLS atau paraben yang mana merupakan bahan wajib dalam kebanyakan produk pemutihan kulit yang agak membahayakan kesihatan kulit untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, produk Rysya Skincare diformulasikan untuk membantu mereka yang mempunyai kulit muka yang bermasalah dan membuatkan pengguna lebih cerah berseri.
Bahan Utama Produk Rysya Skincare
LY FACIAL CLEANSER | RM 45
1. Vitamin C
- Menghilangkan dan menyembuhkan bekas jerawat
- Dapat menghasilkan kolagen dalam jumlah yang banyak
- Kolagen inilah yang akan berfungsi sebagai agen penyembuh luka
- Mencerahkan kulit
- Antioksidan dalam Vitamin C berfungsi untuk meneutralkan serangan radikal bebas pada kulit.
- Bertindak sebagai agen anti-penuaan
2. Licorice
- Ektraks Licorice diperoleh dari akar tanaman Gycyrrhiza Glabra atau yang lebih dikenali sebagai akar manis
- Ada banyak komponen yang terkandung dalam ekstrak Licorice, antar yang lain glabridin, glikosida, flavonoid dan tannin.
- Komponen pada Ekstrak Licorice dapat membantu mencegah pigmentasi kulit wajah
- Ia juga bertindak sebagai agen antioksidan dan anti inflamasi
Segar terus lepas gunakan cleanser ni. Buihkan sedikit ditapak tangan dan urut muka dengan perlahan sehingga bersih. Jauhkan dari kawasan mata dan bilas dengan air sehingga hilang kesan sabun.
LY FACIAL TONER | RM 45
1. Phyto Placenta Extract
- Kandungan dan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam toner dapat menenangkan kulit.
2. Vitamin B3
- Kandungan Vitamin B3 di dalam toner dapat menyerap ke dalam kulit untuk memutihkan dan meningkatkan ‘Vitality’ kulit.
- Ia juga dapat membantu mengawal ketidakkeseimbangan yang terjadi di dalam kulit.
- Memberi kelembapan dan membuat kulit menjadi lebih bersih dan cerah.
Gunakan toner selepas mencuci muka. Toner memang satu kemestian bagi Yaya sebab kita tak tahu betul ke dah cuci muka sebersihnya kan. Yaya juga suka letak toner di kapas muka dan sapu perlahan di muka sehingga rata. Tapi kalau yakin tangan korang bersih, letakkan di tapak tangan dan 'dap dap' je dekat muka. Tepuk tepuk sikit muka tu bagi toner menyerap dengan lebih efektif. Hihi
RYSYA 24K GOLD SERUM | RM 140
1. Pullulan
- Ia merupakan sejenis gula semula jadi ( Glucan ) yang terbentuk dari fungus A yang mengandungi Vitamin C & B12.
- Bertindak sebagai antioksidan
- Mampu menegangkan kulit dalam jangka pendek dan panjang
2.Glycine Soja ( Soya Bean )
- Antioksidan yang hebat kerana ia kaya dengan Vitamin C
- Mempunyai anti-penuaan yang bertindak sebagai pelindung kulit
- Melindungi kulit daripada radikal bebas
- Ejen anti-radang
3. Red Algae
- Sumber yang paling kaya dengan mineral, vitamin dan asid amino
- Membersih dan menyuburkan kulit
4. 24K Gold
- Meminimumkan kekurangan kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit
- Merawat kulit dengan meningkat dan merangsangkan peredaran di dalam kulit
Tahu tak serum merupakan satu kemestian bagi kaum wanita? Kulit kita ni selalu sangat menggunakan solekan tak banyak sikit pun mesti pakai compact powder kan? Maka dengan itu wajib ye menggunakan serum supaya penjagaan kulit muka kita lebih produktif dan melambatkan penuaan. Yaya suka pakai serum ni bila sapu rasa muka jadi lebih anjal gitu.
RYSYA 24K GOLD MIRACLE CREAM | RM 140
1. Red Algae
- Sumber yan gkaya dengan polisakarida semula jadi
- Meningkatkan fungsi daya tahan kulit
- Mengekalkan kelembapan semulajadi kulit
- Meningkatkan keupayaan kelembapan
2. Soy Placenta Extract
- Mengurangkan kedutan
- Menggalakkan kulit supaya lebih cerah
- Kaya dengan biostimulans yang meningkatkan pernafasan sel kulit dan pengoksigenan
3. Virgin Coconut Oil
- Menghidratkan kulit
- Menyerap, melembap dan melembutkan kulit
- Berkesan untuk membetulkan segala isu-isu gangguan kulit seperti eczema dan lain-lain
- Memberi perlindungan dari sinaran UV yang membahayakan Kulit
I likeee! Bau dia wangi macam syampu. Bila pakai rasa macam sapu losyen lembut je. Tapi krim ni bukan sebarang krim okay! 24K Gold Miracle Cream ini memberi keajaiban dengan merawat kulit muka dari dalam tau. Best pakai krim ni. Yaya rasa jerawat Yaya yang nak tumbuh tak jadi tumbuh. Hihi ^^v
Bagi peminat Che Ta yang kagum dengan kecantikan Che Ta, sila dapatkan produk Rysya secepat yang boleh mana tahu nanti dapat kulit awet muda macam Che Ta kan! Yang penting kena konsisten okay! :)
I love 24K Gold Miracle Cream! ^_^
Bersama pengasas produk Rysya Skincare, Puan Noorazlina.
Bersama rakan bloggers yang cun melecun.
Tak pakai make up pun takpe asalkan penjagaan asas perlu ada okay! Cleanser, Toner, Serum dan juga 24K Gold Miracle Cream! Hihi ;)
Untuk maklumat lanjut mengenai Rysya Skincare :
Thames Skincare Sdn Bhd
Email: sales@rysya.com
Webpage: www.rysya.com
Instagram: @rysyaskincare / #rysyaskincare
Facebook: www.facebook.com/rysyaskincare
Whatsapp: 019-7388866 / Office: 03-78318669
Alamat:
Themes Skincare Sdn.Bhd , D10-9-1 Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1,
Jalan PJU 1A/46
47301 Petaling Jaya
Selangor.
Terima kasih sudi baca
harga pun berpatutan.
ReplyDeleteAkak ni comellah. ^^
nice.....tp kulit CS ni sensitip sikit..payah bila tukaq skincare ni...
ReplyDeleteLepas ni adik cantik akan bertambah2 cantik lah ekk..:D
ReplyDeletewowwww nanti yaya cantik macam cik ta la ni hehehe
ReplyDeleteSaya pengedar Rysya ! hehehe
ReplyDelete