Buat penggemar pakaian muslimah dari butik MINIMALACE , Yaya ada berita baik untuk korang tapi kena scroll entri sampai bawah tau tapi please please please janganlah skip gambar kita posing dengan shawl dan LUNA KURUNG yang cantik dari MINIMALACE ni penat tau kita posing muahaha! :p
Siapa yang pernah baca entri Yaya sebelum ni, Yaya ada berkongsi tentang MINIMALACE semasa edisi raya. Boleh KLIK SINI untuk lihat pemandangan Butik MINIMALACE di Shah Alam.
Pilihan Yaya kali ini ialah LUNA KURUNG DUSTY PURPLE. Selain boleh dibasuh menggunakan mesin basuh, ianya juga mesra untuk kita mengambil wuduk. Ada zip di bahagian lengan okay. Cantik sangat! Yaya pakai saiz S dan ngam ngam fit dengan saiz Yaya tau. Suka suka! ^.^
Yang bestnya, kain Velvet Satin yang digunakan sangat selesa dan mudah digosok which is jimat la masa nak iron 5 minit dan siap. Kalau untuk seorang Yaya yang lasak ni, baju tu akan berkedut sikit bila time nak duduk kita buat style budak sekolah angkat baju kurung sebelum duduk. Habit dah maklumlah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 berbaju kurung kan. Tapi kalau uols duduk elok-elok takdelah kedut pun. Hihi
Alahai suka sangat gambar ni. Thank feeqsays.com untuk gambar malatop ini.
Jom tengok gambar Yaya bergaya syok sendiri dengan LUNA KURUNG DUSTY PURPLE dari MINILACE. ^^v
Shawl chiffon berkualiti tinggi dan cantik dari MINIMALACE ni memang super duper selesa dan super duper cantik! Kain sejuk, tak mudah kedut dan senang nak bentuk mengikut kesesuaian bentuk muka. Suka suka! ^.^
Ok sambung posing. >.<
Punyalah suka dengan LUNA KURUNG ni sampai ada berpuluh gambar dalam galeri tatau nak pilih yang mana masuk blog. ^^'
Terdapat banyak lagi pilihan warna yang menarik untuk korang pilih. Hee semua cantik sangat aduhai.
LUNA KURUNG ini juga sangat sesuai untuk dijadikan pakaian sedondon untuk bridesmaids di hari bahagia rakan tersayang! Beli untuk bridesmaid anda atau para bridesmaid boleh support pengantin dengan pakat dengan rakan-rakan pakai di hari persandingan sahabat anda! Fuhh cantik sungguh bila tengok dalam gambar macam ni kan.
Okay dah bersedia untuk berita baik?
Dapatkan LUNA KURUNG yang best selling di MINIMALACE ini dengan harga PROMO apabila anda menggunakan code :
CODE : LUNABLOG
Sebut je code diatas apabila membuat pembelian samada secara online atau di butik dan secara mejiknya harga asal RM179 menjadi semurah RM155 sahaja! Rugi okay kalau tak dapatkan LUNA KURUNG dengan potongan harga melalui code LUNABLOG. Dapat jimat banyak tu!
So apa tunggu lagi? Jemput cekidaut mereka di :
Alamat Butik Minimalace:
B-9-1, Jalan Serai Wangi G,
16/G Alam Avenue Section 16,
40200 Shah Alam, Malaysia
Waktu Berurusan:
Tue- Sun
11am-7pm
Email:
info@minimalace.com
Tel:
03-5523 4408
Terima kasih sudi baca
Cantiknyaaa kak... Bajunya pun cantik.. Ena suka design baju simple2 ni... Boleh pakai pergi kelas
ReplyDeletelawa ah warna ni yayaaaaaaaaa!
ReplyDeletecantikkk sangatt...
ReplyDeletekalau p butik dia boleh dpt discount jgk tak?
ReplyDeletebaju simple i loike...
ReplyDeleteSy dsni sy dsni !! Hahaha patut kt 3 ngn k.rara pkai same2 ni !! Best
ReplyDelete