Oct 10, 2015

Scholl Velvet Smooth Express Pedi : Electronic Pedicure Foot File

Assalamualaikum semua 


Siapa kat sini kaki dia merekah dan terasa tapak kaki mula mengeras? Haa sebelum masalah macam tu terus melarat, Yaya seronok nak cerita kat korang tentang produk baru dari Scholl iaitu Pedi Velvet Smooth yang merupakan rawatan untuk penjagaan kaki bereletronik. Kalau tak sempat ke spa untuk buat pedicure, buat sendiri di rumah pun boleh! Nak lagi best, minta adik beradik tolong buatkan sambil korang feeling makan keropok. Haha!


Hello nama saya School Velvet Smooth Express Pedi. Saya ditugaskan untuk mencantikkan kaki anda. Peace yo


Saya cuma sebesar saiz tapak tangan orang dewasa. Senang untuk dipegang dan mudah untuk digunakan. Secara kesimpulan, rekaan saya sangat ergonomic. Best kan saya. Hihi. Scholl Velvet Smooth Express Pedi berfungsi untuk menghilangkan lapisan kulit keras dalam sekelip mata! Wow


Yang sebenarnya Yaya dah buat kat kaki Yaya fuhh memang best tak geli langsung tau! Seronok je rasa tumit kaki kena geletek hihi. Rasa kebas sikit lepas pedicure tapi kebas manja je tahap 0.020% gituh. Ayah Yaya tengok je masa Yaya buat pedicure tu lepas tu dia pun nak cuba. Ciss. Okay sila jadi testimoni saya 5 minit. :p Nak tunjuk kaki sendiri aurat pulok. Huhu. So korang boleh tengok kaki ayah yaya sebelum buat pedicure ni seperti gambar diatas. Nampak tak tapak kaki ayah macam keras tu. Yaya aim buat pedicure kat situ selama kurang 2 minit. Tapi tipsnya jangan buat ditempat yang sama lebih dari 3-4 saat. Kejap kejap kena angkat okay!


Dekat bahagian situ.


Habuk hasil pedicure di kaki ayah.


Tadaa! Nampak lebih licin dan bermaya! Haha. Ni baru buat kurang 2 minit tau! Tapi hasilnya sungguh memuaskan. Kalau buat lagi lama mesti hilang semua kulit mati tu kan.


Jangan lupa buat di tumit kaki juga! Yaya pulak yang happy bila tengok tapak kaki bersih. Penjagaan kaki sangat penting tau jangan pula asyik jaga muka je tapi kat bahagian kaki tak jaga. Tak balancelah macam tu. Lagi-lagi untuk perempuan, kita kena jaga kecantikan secara menyeluruh! ^_^


Tips tambahan untuk menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi :

  1. Gerakkan Scholl Velvet Smooth Express Pedi dalam posisi membulat agar sel kulit mati dapat ditanggalkan dengan mudah. 
  2. Pastikan kaki dalam keadaan kering. Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan berhenti dan tersekat. 
  3. Jangan gunakan lebih dari 3-4 saat ditempat yang sama. Angkat dan letak semula di kawasan kaki yang dikehendaki setiap 2-3 saat.
  4. Jangan gunakan pada kulit yang luka, pecah teruk ataupun sakit tau! Khas untuk digunakan pada bahagian kulit yang keras sahaja.
  5. Jaga-jaga jangan sampai kain atau rambut korang termasuk dalam roller. Tersekat nanti. 
  6. Lapkan roller yang telah digunakan dengan kain basah atau cuci roller secara lembut selepas penggunaan.
  7. Basuh kaki selepas membuat pedicure.
  8. Sapukan losyen untuk kesan lembut yang lebih tahan lama! Rehatkan kaki anda. Yayy siap! 

Yang bagusnya, Scholl Velvet Smooth Express Pedi menggunakan 4 biji bateri AA. So kalau bateri dah kehabisan tenaga, cuma beli bateri baru dan boleh teruskan rawatan pedicure sendiri di rumah! ^_^


Jemput tengok klip video Yaya buat ni untuk demostrasi penggunaan Scholl Velvet Smooth Express Pedi.



Harga pasaran Scholl Velvet Smooth Express Pedi ialah RM135.20. Dapatkan potongan diskaun sebanyak 5% jika membeli melalui Soukai! Klik http://bit.ly/schollmy . Jangan lupa masukkan promo code: SCHSOU
Promosi ini sehingga 31hb Oktober 2015. Beli tauuu! ^_^


“Beauty begins at your feet”


Untuk maklumat lanjut :

www.velvetsmooth.com.my

#SchollMY 
#MyVelvetSmooth



Terima kasih sudi baca 

4 comments:

  1. wahh macam menarik ni, leh buat pedicure kat rumah je

    ReplyDelete
  2. yeayyy yaya nak hadiahkan akak kannnn hahahaha

    ReplyDelete
  3. Dah lama teringin nak beli tapi harga diaaa.. hahahaa hold it hold it, i will get it soon.. kaki ni dah mula ada kulit keras sebab kuat berjalan...

    ReplyDelete
  4. sekarang ta payah g spa terapi yg ikan ikan gigit kaki bagai..beli bnda nih habis citer..nice review!

    ReplyDelete