Amboi ni kalau orang baca tajuk ni memang buat orang loya je kang cakap kita poyo ke lupa diri ke berlagok ke nauzubillah janganlah ye meh sayam ciked. Kalau Yaya macam tu cubit je Yaya ni. Huhu. Yaya cuma sekadar berkongsi pengalaman manis je. Izinkan saya ya? :')
Alhamdulillah pada 11 September 2015 Yaya diberi peluang oleh editor Harian Metro untuk disiarkan sedikit sebanyak perihal diri sebagai blogger. Dah lebih sebulan baru nak cerita sebab Yaya utamakan mana yang lebih utama dahulu. Menjirus pokok di koridor contohnya. :p
Apa-apa pun Yaya sangat berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu Yaya dari awal pembabitan sehingga sekarang. Secara terbuka mahupun belakang tabir, terima kasih atas sokongan semua ya. Kalau boleh baca artikel di atas, banyak Yaya bebel dalam tu. Harap-harap jelas lah ya :')
Kalau nak tahu, surat khabar kat atas tu dah kedut seribu. Adik Yaya ingat surat khabar lama kat atas meja bilik lepas tu dia kedutkan jadi bola. Hahaha sayu betullah.
Buat masa sekarang Yaya mula nak perlahankan aktiviti berblog. Kurangkan aktiviti turun ke event atas sebab-sebab tertentu. In sya Allah ada rezeki dalam dunia blog, Yaya akan teruskan dengan sehabis daya cuma slowdown je bukan hilang terus doakan yang baik-baik ya :') . Alhamdulillah dari rezeki berblog juga Yaya dapat beli laptop, bayar hutang PTPTN, bayar petrol, tol, beli itu ini dan belanja family makan sedap. Hihi Alhamdulillah.
Terima kasih sudi baca
alhamdulilah yaya....bila orang percaya pada kita,inshaAllah orang akan cari nanti... love u,btw tahniahhhhhhh! 1 dada akhbar haaaa :D
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih sayang! :*
Deletetahniah yaya. teruskn berblogging..:)
ReplyDeleteIn sya Allah. Terima kasih :)
Deletetahniah !!
ReplyDeleteTq sis alin :)
DeleteAlhamdulillah.. selamat maju jaya.. (ayat budak sek sgt kan.. haha)
ReplyDeleteHahaha comel je mommy dayyan ni! Tq! :)
DeleteWaaaa..terbaik yaya.. miss u. love u.
ReplyDelete