Jul 3, 2015

Semarakkan Kasih Sayang Dengan Ambi Pur MoodTheraphy

Assalamualaikum semua 

Ada masalah dengan persekitaran yang kurang enak di dalam rumah? Yaya tak sabar nak perkenalkan korang dengan wangian baru dari Ambi Pur iaitu koleksi MoodTherapy. Bila yaya sembur je dalam bilik, terus secara spontan cakap, "Wanginyaaaa~! wehhh wangi gilaaaaa~!" Lepas tu senyum sebab puas hati sangat memang yaya suka sangat dengan baunya yang soft, sweet and romatic! Wow romantik. Hihi. Tapi bila bau memang rasa bercinta sangat tau! Happy, tenang dan mendamaikan. ^_^



Psst. Inilah tips bahagia untuk memikat suami atau orang tersayang! Memang boleh membangkitkan mood bercinta bila sembur. Tak percaya, sila cuba okay sebab memang itu tujuan Ambi Pur mengeluarkan koleksi ini. Untuk mengembalikan rasa hangat asmara anda dengan pasangan! :p






26 Mei 2015 yang lalu, Ambi Pur telah melancarkan Koleksi MoodTherapy di Sunway Pyramid dengan kehadiran rakan usaha sama kempen ini iaitu Harith Iskander dan isterinya Dr. Jezamine Lim. Mereka berkongi tentang pengalaman menggunakan wangian dari koleksi Moof Tehraphy Ambi Pur.

Joon Wong 
yang merupakan Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia ("MAPA") percaya bahawa wangian sangat penting untuk mengembalikan mood manusia setelah melalui kitaran rutin harian yang membosankan. Apabila wangian yang berbeza diterima oleh setiap individu, ia boleh memberikan mereka "mood" yang tertentu atau mengimbas memori, terutamanya memori di awal perhubungan.

“Menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara yang paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan,” kata Wong. 

“MoodTherapy sangat membantu terutamanya jika anda mempunyai jadual yang ketat seperti kami. Dengan kerja dan anak-anak, sukar untuk kami mengekalkan kehangatan asmara – yang sangat penting sebenarnya. Setiap hubungan memerlukan usaha dan sangat senang bila ada penyelesaian yang mudah seperti ini,” kata Dr. Jezamine. 

“Seronok sekali dapat menghidupkan semula saat-saat indah bersama isteri saya. Ia membantu anda mengingati mengapa dan bagaimana anda jatuh cinta dengan pasangan. Wangian adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat atau dirasa; tetapi anda tahu ia ada,” kata Harith. 

“Begitu juga dengan bau busuk, anda tidak sedar bagaimana ia menjejaskan anda. Namun selepas anda menghilangkannya dan menyembur sedikit wangian, seluruh mood anda boleh berubah. Di rumah, kita sudah terbiasa dengan bau-bau yang tidak menyenangkan dan ini boleh menjejaskan kita tanpa disedari,” tambahnya.


2. Harith Iskander and Dr. Jezamine Lim with the new Ambi Pur MoodTherapy collection


3 Jenis Moodtheraphy Ambi Pur

Love’s Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan
Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman di mana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba
Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirehat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin


Harga pasaran :

Febreze Fabric Freshener - RM11.90

Ambi Pur Set & Refresh - RM18.50

Ambi Pur Air Effects - RM19.90

Ambi Pur gel Fresh - RM9.90


Pilihan Yaya? Mestilah Love's Bouquet! Aum! ^_^

Untuk Maklumat Lanjut :




P&G berkhidmat untuk hampir lima bilion pengguna di seluruh dunia melalui jenama-jenamanya. Syarikat ini mempunyai salah satu portfolio terkuat bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks®, Wella® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya.

Terima kasih sudi baca  


6 comments:

  1. cantik botolnya.. nak beli lah nanti.. nak kasi wangi bilik hostel ena ni...

    ReplyDelete
  2. bestnya dengan aroma yang menyegarkan, memang selalu guna ambi pur pun, tak pernah lagi kecewa dengan bau dia =)

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:30 AM

    ambipur kaler merah tu nampak aummmm.. hehe

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:33 PM

    wah seronoknya dapat pergi event ambipur,saya suka ambipur love bouquet,memang wangi :-)

    ReplyDelete
  5. Design ambur ni sempena raya ke memang design macam ni?

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  6. Rasa nak beli jugak laaa...huhu

    ReplyDelete