Jul 12, 2015

Ramadhan Special di Rail Canteen Sunway Nexis Kota Damansara

Assalamualaikum semua 


Hai korang! Dah tinggal kurang 10 hari lagi kita berpuasa. Kalau rasa rasa nak cuba tempat baru untuk berbuka puasa diluar, Yaya nak cadangkan kat korang untuk berbuka puasa di Rail Canteen Sunway Nexis di Kota Damansara. Cantik, selesa dan makanan yang sangat sedap okay! 

Promo Rail Canteen

Sekarang Rail Canteen masih sedang dalam mood Ramadan Specials! Dalam satu set hidangan Ramadan Special ni terdapat pilihan samada korang nak pilih Set Briyani Ayam Masak Merah atau Nasi Lemak Goreng Rendang Ayam atau Rendang Kambing mahupun Ayam Goreng. Didatangkan juga dengan Air sirap limau selasih, Buah kurma dan juga Puding. Nyum nyum! 






Nasi Briyani Ayam Masak Merah



Nasi Briyani bersama pilihan Rendang Kambing



This is my favorite! Nasi Lemak Goreng bersama Ayam Goreng ni memang serius terbaik gila okay! Fuhh nak pergi lagi nanti ^^



Nak order makanan lain secara ala carte pun boleh tau!



Mee Rebus



Mee Kari



Nasi Lemak Ayam Berempah



Mee Hoon Siam bersama pilihan Rendang Ayam



Nasi Lemak Rail Canteen



Yang specialnya disini, korang boleh request nak sambal kesukaan korang tau! Ada pilihan 5 jenis sambal yang awesome iaitu Sambal Sotong, Sambal Kerang, Sambal Bilis, Sambal Bawang, Sambal Ikan Bilis. Fuhh semua sambal ni resepi special dari chef Melayu yang berpengalaman tau! 


Cheese Cake



Coffee Cake



Kopi Chendol dan Three Layer Ice Cream (kombinasi dari vanilla, coklat dan kopi) 



Roti Bun Special



Roti Bakar





Jom jalan jalan dalam Restoran Rail Canteen. Hee. Memang sungguh kemas dan selesa!











Secara keseluruhan, memang makanan yang dihidangkan semua sedap sedap dan korang wajib cuba! Hihi. Jemput makan korang! Ammm!


Alamat:
Rail Canteen
Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 
012-395 3800

Facebook:

Instagram:

Operating Hours: 
0800 – 2200 daily



Terima kasih sudi baca  

6 comments: