Jan 3, 2015

Teater Sirah Rasullulah Tahajjud Cinta di Istana Budaya

Assalamualaikum semua 




Semalam yaya berkesempatan untuk menghadiri Tayangan Perdana Teater Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya bersama dengan rakan blogger Ben Ashaari, Ida Baharum, Fatin Bella, Angah Judin dan Nadia Johari.


Teater yang dipentaskankan bersempena dengan Maulidur Rasul ini memaparkan suka duka perjalanan Nabi Muhammad dari baginda lahir sehinggalah baginda wafat. Selain itu teater ini juga turut memberi gambaran bagaimana Islam diperjuangkan oleh baginda demi menyampaikan dakwah kepada umatnya.



Berikut adalah informasi berkenaan Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta :


Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya membangkitkan semula SIRAH JUNJUNGAN yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W.


Dengan barisan pencinta seni seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi, pementasan drama muzikal tahun ini dibawakan pada 3 hingga 6 Januari 2015.


Tajuk : Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta
Tarikh : 3 Hingga 6 Januari 2015
Waktu : 8.30 Malam
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur
Penerbit : Amazon Entertainment Productions Sdn Bhd


SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.


SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Selain membariskan nama-nama besar industri seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar. Set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.



• Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2 petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wangtunai atau barangan-barangan keperluan buat mangsa banjir. Artis-artis seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan ErraFazira akan terlibat dalam inisiatif pengumpulan barang-barang ini.


• Untuk hasil jualan tiket dari 3 hingga 6 Januari 2015, sebahagian hasil akan diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir ini dan pada 7 Januari 2015 kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mereka.

SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA


Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.


Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.


Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T


PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |


Semua lakonan memang mantap boh terutama Elly Suriati. Yaya memang minat dia dari dulu. Hee


Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com



Informasi tentang teater ini yaya ambil dari super mommy kepada adam miracles di
www.ruby.my 


Terima kasih sudi baca.  :)



2 comments: