Jan 26, 2015

One City Sky Park, Subang Jaya

Assalamualaikum semua 






Tempoh hari yaya berkesempatan untuk menghadiri grand opening A taste of heaven : Biggest Rooftop Food and Beverage Area in Malaysia. Buat mereka yang masih belum mengunjungi One City Sky Park, yaya cadangkan korang masukkan  tempat ni ke dalam list untuk bersantai dengan tersayang.



Pemandangan roof top di tingkat 10 ini sememangnya memberikan pengalaman baru sebab korang boleh menghayati pemandangan sekeliling sambil menikmati hidangan yang marvelous gitu. 


Antara media dan blogger yang hadir.


Thanks Kak Sue ^_^

Restoran yang sempat kami singgah ketika disana :

Antara hidangan popular yang disajikan di setiap restoran di Roof Top One City Sky Park :

Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Petite Nasi Lemak by Khrua Thai
Yakitori Moriawase by Inaho Sushi
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse

Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Momiji Sashimi by Inaho Sushi
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun


Wild Mint Temptation by The Voice

Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai


Seafood Tom Yam by Khrua Thai & Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom


Tersandar kejap bila lepas satu satu hidangan sedap dihantar ke meja kami. Terima kasih atas layanan istimewa dari pihak restoran kepada kami. Tunggu tau nanti yaya datang lagi. Termimpi mimpi petite nasi lemak dan tom yam yang terlampau sedap tuu! *Dasar tekak kampung. Hihi


Berikut adalah rangkaian restoran dan waktu operasi di The Sky:
  • Inaho Sushi – Restoran Jepun – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
  • Khrua Thai – Masakan Thai – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
  • Hong Dae Mun – Masakan Korea – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 1.00 pagi.
  • De House – Western style – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
  • The Voice – Ruang istirehat yang disertakan dengan live band – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 3.00 pagi.


The Grand Opening of The Sky




Lebih 1000 tetamu telah menghadiri majlis pembukaan besar-besaran di The Sky ini. Persembahan mantap dari artis seperti Henley Hii, Baki Zainal, Dina Nadzir, Shawn Lee dan international illusionist, Zlwin Chew telah menghiburkan hati penonton. 




Nampak pemandangan kat bawah. Kalau tak gayat boleh lompat atas cermin kaca tu. Hahah


Kalau nak datang, yaya sarankan datang waktu malam sebab mesti romantik kan alalala. Haha. Btw, kami diberitahu yang ramai orang buat wedding proposal kat sini dan kesemuanya berjaya! Hihi sweet betul.


Maklumat Lanjut di : FacebookTheSky dan Website



Terima kasih sudi baca 


5 comments:

  1. ok not bad. naik mmg dpt tag tu ek..

    ReplyDelete
  2. leh la ajak Dr dating sini ...opppssssss

    ReplyDelete
  3. amboi ty.. ntah2 dia yang dah pergi dulu.hahaha

    ReplyDelete
  4. byknye, makanan...huhuhu
    view yg cantik..hihi
    jemput singgah blog sy =)

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:53 AM

    Tapi kalo saya nak knl yaya boleh . Hehe

    ReplyDelete