Dec 3, 2014

Drama siri SELUDUP di Astro Prima mulai 4 Disember 2014

Assalamualaikum semua 


Finally nak bagi tahu yang Drama siri Seludup 13 episod akan menemui penonton pada setiap hari Khamis mulai 4 Disember 2014 , jam 9.30 malam. So lepas ni boleh set dalam kalendar masing-masing naa. Hehe




Antara barisan artis yang menjayakan Drama Bersiri SELUDUP ini ialah Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Nam Ron dan Raja Ilya. Hebat-hebat belaka kan? Haa kebetulan semua barisan pelakon ni semua pelakon favorite yaya. Hee


Sinopsis : SELUDUP mengisahkan tentang Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan mengetahui tentang gejala penyeludupan seperti rokok dan arak yang diketuai oleh Tam (Nam ron) dan dibantu oleh adiknya, Rina (Raja Ilya) . Amran bertekad untuk menyelamatkan penduduk kampung dan rakan-rakannya dari terus menjadi mangsa biarpun tindakannya itu berisiko untuk mengancam keselamatan keluarga dan teman wanitanya, Yasmin ( Tiz Zaqyah).



Jehan Miskin selaku produser, pengarah dan pelakon.





Drama SELUDUP memberikan mesej kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatif terhadap individu , keluarga dan masyarakat Malaysia.


Jangan lupa saksikan drama SELUDUP pada setiap hari Khamis , jam 9.30 malam di Astro Prima mulai 4 Disember ini dan Maya HD pada setiap sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Dapatkan maklumat lebih lanjut di : 

FB Seludup : fb.com/seludup
Instagram Seludup : @seludup

Terima kasih sudi baca 


3 comments:

  1. boleh laa layan cerita ni. macam best ^__^

    ReplyDelete
  2. singgah diblog yaya:)

    ReplyDelete
  3. sign raja ilya paling jelas heheheh

    ReplyDelete