Jan 13, 2011

Tolonglah jangan menilai buku dari sampul. Boleh kan? :)


"Oh hai. saya post ini bukan untuk bagitahu awak yang saya malaikat sembunyi dari dalam badan atau berlagak saya seorang insan yang konon sempurna walhal saya bukan begitu ya. Oh memang saya bukan begitu. Saya juga manusia biasa yang tak lari dari terbuat membuat dosa. Kalau awak merasa saya tak perlu pun post ini, jangan baca ok. Sebabnya saya pun tak post kat mana2 or kat siapa2 untuk cakap, "Sila baca entry ini". Saya selalu spesifikasikan entry mana yang saya jemput kawan2 untuk baca.

Oh sudahlah bicara serius. Kepada yang sudi baca, jom kita ikuti pengalaman saya bersama 3 lagi sahabat saya yang rupawan hati."

Kelmarin, sue kata kat saya, "Eh yaya jom esok(khamis malam jumaat) kita pergi surau kat simpang sana tu baca yasin."
Dengan riak muka yang terharu bahagia, "Ohh why not 4 of us pergi masjid kat sebelah klinik tu je? tak pernah pergi lagi kan".

Naa. Petang semalam balik kelas project masing2 macam penatnya oh penatnya rasa nak tidur je. (saitonn memang sengaja kan tak bagi pergi. isk saitonn ni. =.=)

Tapi dengan niat yang terbuku, pahala yang separuh dah dapat, teringin nak dapat lagi separuh tu so semua siap2 nak pergi masjid.

Sampai2 orang dah baca yasin kot. cepatnya alahai. rasanya time nak gerak tadi baru azan maghrib.

Takpe2 sampai terus bilas kaki then buat maghrib. Lepas yasin secara individu, ada makcik panggil, "Eh dik, jom makan mehh".
And i was like, "Eh makan ke? awalnya. bukan lepas isyak ke. tak tahu pulak ada makan2 kat sini". bermonolog dalam hati. segan pun ada maklumlah pertama kali datang kan.

Dengan tersipu2 nya pergi ke bahagian sebelah yang berasingan dengan bahagian lelaki. wow dah siap terhidang. macam ni ke kat masjid kampung bila malam jumaat? Berharganya pengalaman.



Bila tengok makanan yang memang dihidangkan untuk 4 orang setiap dulang(ngam ngam soii) rasa macam wah dah lama tak makan lauk kampung. ada ikan masin, ikan keli masak lemak, sayur ape eh saya tak reti makan, dengan buah tembikai yang dah kena ngap dulu oleh saya dan fafa. sunat kan makan buah dahulu sebelum makan. kenyangnya alhamdulillah bersyukur sangat.


ouh kesian fafa makan kuah masak lemak, sayur dengan ikan masin je sebab dia tak reti makan ikan keli. tengoklah even muka dia macam kacuk cina dia makan lauk kampung tau youu. *gambar minah lagi dua orang tu tgh mkn saya ada snap tapi saya syak sue dah delete. gotcha u.


hoi kau duduk macam mana hah budak. -___-||
auntie belakang dah usha panas.hee.



Ok semua auntie2 kat sini sangat ramah berhemah u know. makcik yang kiri sekali dalam gambar atas ni kiss pipi saya buat saya rasa mcm, "Oh rindunya ibu". dah la dia wangi. bila time makan kitorang ni dah macam kena interview dah dari mana duduk mana rumah sewa mana rumah siapa etc. Kebetulan kami je muda belia kat situ.


Gaya orang tak membazir langsung. Ok kecuali ikan masin yang sedap rangup tu. ^^


Gaya kenyang yang tapinya nak cover konon2 kau cute(ugly but adorable). pfft. Dah2 isyak dah masuk.

Selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama muslimah yang lebih berusia, ketenangan yang dirasai juga sukar digambarkan dengan kata2. Perasaanya kadang2 tak sama bila solat dirumah. Saya tahu siapa saya. Tak pernah sekali kali fikir diri sempurna atau mahu nampak sempurna. Walaupun perubahan tak ketara, tapi saya cuba. Cuba perbetulkan segalanya dari sekecil benda. Sebelum betul2 nekad dan tetapkan hati buat apa yang saya redha sepenuhnya, tanpa berpatah balik kepada asalnya. Apa yang awak nilai saya dan orang lain yang nampak seperti saya dari luaran, tak semestinya dalaman kami serupa. Salam ukhwah. :)



*Diorang masih pakai beduk kalau dah masuk waktu solat. Kat KL celah mana nak dengarnya. Antara keistimewaan kampung selain nyamuk2 yang besar comel. InsyaAllah kalau masa mengizinkan, nak pergi lagi. Jom nak?




2 comments: