Jan 15, 2011

Perkara lelaki dan perempuan suka dan tak suka pasal kita(oh perempuan dan oh lelaki)

Sekadar nak share pengalaman sendiri. Pengalaman. Nak cakap yaya berkasih banyak kali pun tak jugak. berapa kerat je kan. Tapi dari satu ke satu pengalaman tu yaya kutip untuk jadi yang terbaik dan buat yang terbaik. InsyaAllah.

Lelaki/Perempuan suka tak suka :


1)Disayangi.
Eh mestilah kalau tak apa guna kita jadi pasangan dia kan. kalau bagi sesiapa yang kadang2 rimasnyalah bila gf/bf aku asyik2 nak mesej hari ni, asyik2 nak call(lama pulak tu) hari ni. Cuba uols fikir. Bukan selalu pun hormon mengada ngada dia macam tu datang kan. Dia cuma nak perhatian lebih sikit je hari tu. Mungkin hormon dia yang rasa nak disayangi kembali oleh uols, datang hari tu.



2)Dihargai.
Yeah paling penting. Kalau tiba2 diorang post sweet2 pasal uols kat FB dia, Belog dia, tmblr dia or some the other work media yang lain, tolonglah. tolonglah bagi sikit penghargaan kat dia. baru dia rasa disayangi kan. lagi2 bila kawan2 dia baca uols komen tu. Pastu kawan2 dia ckp, eh sweetlah bf/gf kau. kan kembang sikit, bangga sikit, terharu sikit camtu. sape tak suka dihargai. ye dak? ni kalau bf/gf hantar sweet2 pandang sebelah mata je. tapi kalau kawan2 komen bukan main kau layan. bersayang2 i you lagi. konon2 malu la takut jatuh market. :) Kalau ada fulus lebih, bagi la gf/bf suprise oh. cth : globe comel goncang2 yang rm5 tu pun tak pe. bukan pasal harga, tapi pasal material value dia. bagi je bunga sekuntum kalau rasa nak bagi. bagi je cookies famous amos buat dia kunyah2. tak payah tunggu hari jadi lah.



3)Dihormati.
Penting sangat. kalau takde sense hormat menghormati ape jadah nya. Nanti semua kau fikir kau nak betul sorang. "Ah you ni. i tak kira. i nak menang". Atleast fikir dan terima pendapat dia. tak kisahlah uols lagi tinggi tahap akademik ke apa. Lepas tu takde rasa kesian langsung kat bf/gf kau bila keluar berpesta dia call msg bagai taknak reply. well, fikir balik kau dengan dia sebab apa? kalau negative, lepaskan dia kat orang yang lebih hormat dan hargai dia.



4)Jangan berkira.
Selalu sangat dengar kalau gf dgn bf keluar, selalunya si bf yang banyak keluar duit. kena pulak si lelaki tu sama2 student lagi. dan dia pulak jenis tak reti nak cakap ajak share duit kalau keluar. jatuhlah maruah dia sebagai lelaki kan. so sebagai perempuan langkah yang harus kita ambil ialah "Hby syg, movie ni hby belanja, nanti makan hny belanja eh" lepas tu jgn lupa bagi smile. confirm dia cubit pipi uols. haha.



5)Kemas(bergaya?).
Oh tolonglah tolong la jaga penampilan. kan nak keluar dengan kekasih hati mestilah nak pakai hensem2 cantik2 kan. tapi bukan pasal baju mahal, heels limited editon, perfume beratus. cukuplah penampilan sederhana yang sejuk hati kalau nak pandang. kemas tudung/rambut tersisir rapi. baju bergosok kalau kedut sangat. sekarang banyak jual perfume murah inspirasi dari jenama mahal. calit sikit bagi uols rasa confident. deodoran pun jangan lupa tau. Bagi perempuan, tak salah kalau pakai eyeliner sikit, pemerah pipi sikit, lip ice sikit. janganlah asik nak fikir kalau tak make up lagi lawa. air wudhuk tu penyeri. memanglah takpe kalau awak tu memang cantik merah putih bersih. saya tak. T_T



6)
Tingkah laku.
Bagi perempuan : Jangan mendesak sangat. Jangan mengada2 tak kena tempat. Jangan layan laki lain mesra2 sangat.(lagi2 kat FB wall. cuba kalau bf uols buat. tahu pulak nak menggila gila merajuk) LOL.
Bagi lelaki : Jangan tak hiraukan dia bila dia perlu uols. Perempuan suka perhatian tapi janganlah sampai mengongkong sampai kawan dia nak letak gambar diorang perempuan sama2 bergambar lepas tu tag dia then ada lelaki lain cakap gf uols cantik, uols marah2 macam hape. Lek laa. tak de pape la yob. Bangga kot. Jangan tak jaga hati dia bila dia nak sweet2 dengan uols kat FB dia. Ni tak, buat2 tak endah tak faham. Annoying gila. Jangan layan perempuan lain mesra2 sangat.(lagi2 kat FB wall. cuba kalau gf uols buat. tahu pulak nak menggila gila merajuk) LOL. (copy paste atas sudah)



7)Jangan membandingkan.
Hey siapa2 pun tak suka kalau kena bandingkan dengan orang lain yang nampak lebih sempurna dari kita. "Eh gf/bf i dulu anak orang kaya. lepas tu pulak selalu belanja i ouh. bg hadiah bagai". "Bf/gf i dulu nsem/lawa pandai berfesyen. cuba u berubah macam tu." =.= Guys, nak tegur ada cara kan? Atleast jgn beri teguran yang berbekas ouh. Cakaplah macam, " Sayang, u lawa kalau pakai dress bunga tu. comel jep." "Hby, awak nampak hensem sangat kalau pakai kemeja lengan panjang ouh. nampak macam sam bunkface". Baru dia macam sejuk hati kan kan. Dan jangan sekali2 kau nak jelous tengok bf/gf kawan kau datang jauh2 bawak kawan kau jalan2, hadiah, dll bila mana kau selalu jumpa gf/bf kau, dia selalu buat bermacam2 benda sweet untuk kau, tapi kau lupa. Kau tahu tak nanti dia sakit hati macam mana? Rasa tak dihargai macam mana? tahu kan? yeah kau tahu.



8)Jangan takut untuk berubah.
"Kenapa aku tak boleh jadi diri sendiri pulak. kalau dia tak boleh terima segala buruk aku maknanya dia tak layak dapat cinta aku". WhatTheFish?
Buruk dalam kenyataan diatas bukannya rupa buruk, badan buruk, kulit buruk. Ia berkenaan perangai buruk. Weh siapa suka orang perangai buruk. Kau suka? Tak? Tapi kau nak orang lain perfect untuk kau pulak kenapa? Cuba fikir..(bagi kau masa berfikir secara matang)
Dah tu tak terfikir nak berubah kepada perangai yang lebih baik ke? Tak nak? Lantak kau lah. :)



9)
Teruskan baca.
Setelah semua pengalaman saya dan kawan2 lain digabung, rupa paras sememangnya tak penting sangat. Apa yang penting, ok selain kerjasama macam wonderpets, ialah bagaimana perasaan itu dijaga oleh pasangan uols. Perasan sayang tu sampai ke tak kat hati. Tak hensem tak lawa pun boleh jadi sayang gegila. Jangan pertikaikan kenapa gf/bf diorang bapak Hensem/Lawa dia pulak xhensem/xlawa. Eh pandai2 kau je nak kata macam tu. Tu diorang punya rasa. Kau jangan masuk campur. Tak semestinya bila gf/bf tu hensem/lawa, perangai dia pun hensem/lawa. Jangan judge orang tak lawa tak hensem secara luaran. Gali dulu hati budi dia. Then baru buat keputusan. Mana tau dia tu minah tak pakai tudung/mat rock seluar koyak tapi solat terjaga yaw. qada' balik ke hape kalau tertinggal kan. Take time untuk consider balik syarat2 dalam pemilihan teman hidup. Mana yang ter demand, cermin diri balik.







*Ok babai nak siap2 jumpa hby♥

16 comments:

  1. singgah sini fes time.. nice blog lol :)

    comel header ><

    |I love BADANG|Siapa RAGAD WALEED AL KURDI? |

    ReplyDelete
  2. hai..
    saje singgah wat lawatan muhibbah..
    blogger u..

    ReplyDelete
  3. truee. jgn take each other for granted, always hargai orang yg ada dgn kita masa kita sedih n happy

    ReplyDelete
  4. betul tu... kalu rupa, stakat sedap mata memandang dah lee

    ReplyDelete
  5. Bez la.. Saya mmg suka ngada2 bila hormon ngada2 saya dtg..=P hehehehe

    ReplyDelete
  6. pinQib : hee. thank youu. :)

    khairul : yeah. singgah lagi. :)

    amalina : totally true ape awak kata. jgn take each other for granted. :')

    syamimi : yang penting dalaman kan? ;)

    ifa : haha. same la kite. :p

    ReplyDelete
  7. sweet pulak yang ko tulis ni...hehehe

    ReplyDelete
  8. wahh.. perkongsian yang baik.. ;) maceh

    ReplyDelete
  9. perkara yang mungkin semua orang inginkan walau kadang kala sukar untuk dipenuhi semuanya.. ^^

    ReplyDelete
  10. dasyat...jadi pakar cinta la..=)

    ReplyDelete
  11. wow... n3 yg terbaik pagi nih..

    ReplyDelete
  12. Yaya tahu tak Fikfri Kamsani sangat sweet :D

    ReplyDelete
  13. Yaya tahu tak Fikfri Kamsani sangat sweet :D

    ReplyDelete