Sebenarnya perut dah sangat2 berkeroncong. Mana tak nya semalam beadal Nasi Goreng USA kat Pattani kat Setapak tu je. Korang tau? Pernah pergi tak? Sedap weh kat sana. Murah pulak tu. Ingat lagi time puasa kalau nak datang kena booking meja dulu okay. Kalau tak pergi la kau kat kedai2 sebelah dia. Semalam makan N.G.USA, fresh orange yummy2, dgn hby minum laici susu(manis nak mampuih) baru RM 8. kalau pergi Cerana tak sah kalau tak cecah RM20++ untuk menu camtu. standard la kan. Tapi takde la sedap mana. Tadi minum air kosong lepas tu makan 11 biji kismis Tok Guru. Kenapa 11? entah dia suruh dia kata orang dewasa 11biji sehari. maklumlah kismis dia kan dah baca doa2. :) Tapi kalau dapat yang Lego kaler kuning tu, memang 2minit dah abis sekotak. Sedapnya laa. tp yang kuning je la.. yang hitam teman tak gemar sangat. rasa dia manis sangat. kalau yang manis2 buah ok la. tengah2 kunyah kismis tu saja la godek2 isi dalaman pakcik gugel sebab nak tahu dengan lebih detail apa khasiat nyaa. Dangg! Wehh memang berkhasiat gila. Perempuan mesti suka tang keanjalan kulit tu.
Antara khasiatnya :
- Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
- Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
- Melawaskan pembuangan air besar.
- Melindungi hati.
- Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
- Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih". Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi". Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa". Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
*21 biji eh rupanya? nanti saya up sekali ganda okay.
No comments:
Post a Comment