Showing posts with label PrudentialMY. Show all posts
Showing posts with label PrudentialMY. Show all posts

Apr 19, 2018

Prudential Relationship Index 2017 | Apakah Skor Anda?



Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Kikiki biasa kan dengar ayat tu? Dalam cerita Masam-masam manis ada lagu ni. Sampai sekarang boleh nyanyi wakaka. Jarang nak tepek gambar Shawn kat blog sebab dia bukan baca pun *huh* tapi entri ni nak paksa dia baca nanti :p . Back to the song, hmm Yaya jarang bergaduh dengan Shawn (gigit dia selalu la hihi geram betul sejak lengan dia dah tembam). Sebab mostly kalau tahu salah masing-masing lepas tu mesti si pesalah akan buat baik cepat-cepat lepas tu yang tidak bersalah kena ampun dan maafkan cepat-cepat jugak! Hahaha


Selalu bergaduh pasal apa?
Hmm takleh nak recall la sebab musababnya sekarang sebab memang susahhh nak bermasam muka. Tapi Yaya paling ingat time lepas kahwin yang mana Yaya berhenti kerja sebab ikut Shawn habiskan housemanship dia di Hospital Temerloh. Masa ni memang Yaya tak ada pendapatan tetap dan hanya mengharapkan income dari review sahaja (dah pindah Temerloh jarang turun event LOL). Tapi Alhamdulillah bagi Yaya tetap memadai sebab bila duduk rumah tak memerlukan kos nak isi minyak ke topup touch n go dan lain-lain. So duit itu tersimpan la juga melainkan Yaya shopping online hihi.


Tapi yang tak bestnya sebab Yaya tetap rasa rendah diri dengan Shawn sebab.. yelah.. doktor dengan.. hmm suri rumah. Korang mesti faham perasaan Yaya kan bila orang mesti expect doktor mesti kahwin dengan doktor. Haa camtulah. Kalau pergi kenduri kahwin kawan-kawan dia mesti parents diorang yang kenal Shawn ingat Yaya doktor gak. Mesti nak tanya kerja kat hospital mana. Maunya tak drop self esteem Yaya ni! >.<


Tapi Alhamdulillah dapat seorang suami yang sangat memahami dan selalu backup isteri (thank you sayang :') ) Maka dengan itu, Yaya menjadi isteri yang sangat berhemah dalam berbelanja (rasanya la ^^') Sebab sebulan lepas kahwin, rezeki anak dah datang. Fuhh time ni mesti lagi berdebar okay ke nanti. Macam mana perbelanjaan kami akan datang bila ada anak. Start dari itu, Yaya mula survey cari kerja even masa tu tengah pregnant. 


So apa kena mengena dengan Prudential Relationship Index (PRI) ni?
Tahun lepas Yaya ada buat PRI ini tapi mengenai Perhubungan Rakyat Malaysia dengan Rakan Baik. Boleh baca disini. So yaya tertarik nak cuba Prudential Relationship Index bagi tahun ini pula iaitu mengenai perancangan kewangan dan juga teknologi pula tahun ni bagi menyumbang skor untuk Malaysia hihi. Rasanya semua tahu masalah kewangan merupakan salah satu punca hubungan suami isteri retak (nauzubillah). So bagi Yaya skor bagi survey ini penting bagi mengenalpasti tahap peratusan untuk keadaan hubungan di negara Malaysia. 


Indeks ini juga bertujuan untuk memahami keadaan hubungan di seluruh Asia iaitu bagi negara yang terlibat iaitu Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Indeks Hubungan Prudential 2017 iaitu bagi tahun lepas, negara kita Malaysia telah menduduki tempat ke-6 daripada 9 buah negara dengan skor sebanyak 68/100. Maknanya, hubungan asas manusia memenuhi 68% daripada keperluan yang mereka ingini. Kita telah turun 3 mata daripada jumlah (71/100) pada tahun 2016. Makin ramai ke mereka yang mempunyai masalah dalam hubungan mereka? Hmm


Kemana hilangnya 32% lagi? Yaya harap lepas ni skor Indeks Hubungan Prudential bagi tahun 2018 akan meningkat dan kualiti hubungan bersama orang tersayang juga akan meningkat.



37% pasangan Malaysia berkata mereka paling banyak bertengkar mengenai wang. Bagi Yaya ini sememangnya betul dengan kegawatan ekonomi sekarang, kita kena lebih berhati-hati dalam berbelanja dan dahulukan barangan keperluan daripada kehendak. Bagi Yaya sendiri, Yaya mengaku Yaya juga mempunyai keinginan sendiri untuk berbelanja tanpa mengharapkan duit suami. Alhamdulillah lepas Dahlia genap 6 bulan, ada rezeki bagi Yaya untuk berkerja sebagai pegawai di salah sebuah kementerian. Bagi Yaya ini memang rezeki anak sebab sebelum tu dok fikir siapalah nak ambil kita berkerja huhuhu kuasa tuhan. Sebab 8 orang yang terpilih dari 50 orang tu semuanya single dan belum ada anak wakk. Memang sebaklah. Sekurang-kurangnya Yaya dapat bantu membeli barangan keperluan keluarga dan juga boleh shopping guna duit sendiri :') Bagi Yaya setiap orang ada rezeki masing-masing dan Yaya tetap hormati mereka yang menjadi suri rumah. Perkerjaan paling mulia! 


Salah satu contoh pasangan yang juga sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi kewangan keluarga. 


Ketawa penawar paling mujarab. Yaya setuju dengan statement ni. PRI mendedahkan ketawa adalah kunci untuk membina hubungan yang lebih baik, dengan 63% rakyat Malaysia bersetuju bahawa keupayaan untuk membuatkan seseorang ketawa atau tersenyum adalah antara ciri-ciri yang paling penting bagi seseorang pasangan. 52% rakyat Malaysia ketawa bersama pasangan mereka sekurang-kurangnya sehari sekali, manakala 40% mahukan pasangan mereka menjadi lebih lucu.


Mujurlah suami Yaya walaupun nampak pendiam, tapi setiap punchline yang dia bagi memang buat Yaya ketawa. Taktau la mana datang idea dia melawak bagai tu hihi. Shawn juga seorang yang morning person. Baru bangun tidur pun dah boleh buat lawak dan paling buat Yaya terharu walaupun balik kerja malam (buat part time kat klinik swasta) dia tetap menceriakan. 



Pertumbuhan Teknologi = Perancangan kewangan yang lebih baik. 83% rakyat Malaysia bersetuju pertumbuhan teknologi telah menjadikan perancangan kewangan mereka lebih mudah dan lebih baik. Yaya setuju dan mungkin tergolong dalam 83% ini juga hihi. Bila teknologi di negara kita semakin pesat membangun ni, sememangnya perancangan kewangan juga semakin bertambah baik. Contoh paling dekat ialah boleh transfer duit dengan mudah sahaja melalui online banking. Bila dapat je gaji, terus asingkan duit simpanan, duit kutu, insurance, bil, loan study dan sebagainya terus ke tempat yang sepatutnya. Dalam masa yang sama ianya juga menjimatkan masa ;)


56% percaya waktu yang dihabiskan di telefon bimbit memberi kesan negatif terhadap hubungan sesama keluarga. 62% lelaki dan 50% wanita berkata mereka lebih banyak menghabiskan waktu daripada pasangan mereka untuk melihat telefon. 84% rakyat Malaysia bersetuju keluarga menghabiskan terlalu banyak masa di telefon berbanding berbual sesama sendiri Allahu. Risaunya dengan semua skor ini! :'O


Yaya paling risau kalau kami banyak terleka dengan telefon masing-masing dihadapan anak :'(
Tapi apa yang Yaya boleh kata sememangnya telefon sememangnya alat komunikasi yang paling cepat dan pantas bagi mereka yang berkerjaya. Shawn sendiri terpaksa berkepit dengan telefon beliau 24jam jika waktu dan haritu itu beliau on call. Tiada pilihan lain dan tidur juga di sebelah telefon. Yaya sendiri kebanyakan masa lebih suka membalas email melalui telefon kerana ianya mudah dan cepat. Jadi macam mana kami cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini tanpa mengabaikan anak?


Kami berdua akan cuba curi masa untuk pergi bercuti ataupun keluar bersama meluangkan masa bersama Dahlia pada hujung minggu. Time ni memang tak rasa nak tengok telefon langsung! Melainkan nak ambil gambar Dahlia time dia tengah buat bijak tapi most of the time memang tak pegang telefon hihi. Sebab tu media sosial Yaya jarang berupdate pada waktu weekend. Family time! :)



Yaya juga harap Yaya tak tergolong dalam 58% yang mengakui perhatian mereka akan teralih kepada notifikasi di telefon mereka walaupun ketika mereka sedang berbual dengan orang lain. Kadang-kadang mungkin kita teralpa. Mudah-mudahan lepas ni lebih beringat dan lebih menumpukan masa pada manusia kecil yang kami sayangi ini :')


Nak tahu result Prudential Relationship Index Yaya? Haa lepas dah lihat result tahun lepas, Yaya pun cuba jawab kuiz yang disediakan untuk melibatkan diri dalam statistik tahun ni :p. Nak tahu juga skor sendiri kan hihi. 

Jawapannya ialah,,,

Amboi hashtag Kemanisan gituuu. Semoga kekal untuk 20 30 40 tahun lagi. Aamiin < 3 Korang pun jawab la juga Prudential Relationship Index Quiz ni. Mana tahu lagi Manis dari Yaya kan aagituu


Nak tahu juga skor Prudential Relationship Index korang? Klik link dibawah dan jawab kuiz yang disediakan okay! Jom sama-sama menyumbang skor Prudential Relationship Index untuk tahun ini. Senang je wakk!  ;)



#PrudentialMY 
#PrudentialRelationshipIndex




Terima kasih sudi baca

Feb 26, 2017

Apakah Skor "Prudential Relationship Index" Anda?




Hai semua! Amboi dah kenapa awal-awal entri muka kami bertiga tunjuk gigi besau masing-masing? Hehe tapi sebelum tu jom kita bersembang mengenai Perhubungan atau secara tidak formal dan bahasa pasar bagi generasi Yaya ni kami panggil "Relationship" maklumlah kalau nak cakap Perhubungan tu macam bahasa baku sangat jadinya kami rojak-kan-lah sikit. :p *(sambil-sambil Yaya terangkan tu Yaya belanja gambar-gambar throwback Yaya, Fatin dan juga Uzu okay! Haha)


Kalau nak cakap pasal Relationship/Perhubungan ni, semua orang pun boleh. Tapi bagaimana korang nak definisikan istilah Perhubungan itu sendiri dari perspektif korang? Perhubungan dengan keluarga, pasangan, anak, adik-beradik, saudara-mara dan juga tidak ketinggalan ialah, rakan kita sendiri. Betul tak? 


Untuk pengetahuan semua, 2016 Prudential Relationship Index (PRI) telah dilancarkan oleh pihak Prudential untuk pertama kalinya bagi mengenal pasti dan memahami dengan lebih mendalam tentang tahap kepuasan dalam perhubungan peribadi di Malaysia dan juga di seluruh Asia. Ini termasuklah perhubungan diantara keluarga, pasangan, anak, adik-beradik, saudara-mara dan rakan baik kita. Skor 100% bermaksud markah atau skor penuh bagi perhubungan yang dimahukan oleh setiap individu yang mengambil bahagian dalam kajian ini.


Rajah diatas menunjukkan Malaysia berada ditangga kelima dari 10 buah negara Asia yang terlibat daripada segi kepuasan orang ramai tentang hubungan peribadi mereka. Boleh tahan juga Malaysia ni. Hihi. Antara negara yang disenaraikan ialahVietnam, Filipina, Indonesia, Cambodia, Thailand, Singapura, Hong Kong, South Korea dan juga China. Oleh itu, Perhubungan utama rakyat Malaysia memenuhi kira-kira 71% daripada keperluan perhubungan yang mereka ingini. Kira kalau kat sekolah boleh dapat gred B la kan? Hehe


Antara elemen penting dalam Indeks Perhubungan Prudential adalah seperti rajah dibawah yang mana setiap satu elemen tersebut memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk dan menentukan perhubungan peribadi diantara satu sama lain.



Skor purata bagi Perhubungan rakyat Malaysia dengan Rakan Baik mereka adalah 45/100. Seperti perhubungan lain, skor untuk Malaysia ini juga adalah lebih tinggi berbanding skor purata keseluruhan untuk rantai ini iaitu 43/100. Wow hebat! :D


Skor purata perhubungan adalah sama merentas semua bangsa. Di Malaysia, skor purata di kalangan orang India Malaysia adalah 46/100, di kalangan Melayu skornya adalah 45/100 dan dikalangan orang Cina Malaysia skornya adalah 44/100.


Rakyat Malaysia menghargai persahabatan yang rapat lebih daripada persahabatan yang biasa-biasa sahaja. Hanya 25% berfikir adalah penting untuk menjadi popular. 62% mengatakan mereka hanya mempunyai beberapa rakan tetapi persahabatan itu sangat rapat. Dua pertiga (67%) mengatakan bahawa rakan mereka menghargai persahabatan seperti mana mereka menghargai persahabatan tersebut.


Kajian bagi Perhubungan yang Ideal dengan Rakan pula ialah, 17% berpendapat adalah penting untuk rakan-rakan gemar melakukan aktiviti bersama-sama, 69% berpendapat bahawa rakan mereka membuat mereka ketawa atau tersenyum dan 65% berpendapat bahawa rakan mereka hendaklah mudah bergaul.


Orang Melayu tidak begitu mementingkan agama dalam persahabatan sebagaimana mereka mementingkan agama dalam perhubungan dengan pasangan. Hanya 34% daripada orang Melayu mengatakan bahawa agama penting dalam perhubungan dengan rakan. Rakyat Malaysia juga sangat terbuka untuk menjalin persahabatan dengan orang dari bangsa lain. Hanya 18% mencari rakan yang sebangsa dengan mereka.


Bagi aspek Rakan Sejawat pula, secara keseluruhan , 83% daripada rakyat Malaysia dalam tinjauan ini berkerja dengan orang lain,


Di kalangan rakyat Malaysia yang berkerja, lebih daripada separuh (55%) menyatakan bahawa sesetengah rakan sejawat mereka tergolong sebagai rakan karib mereka. Sebahagian besar mereka memberi semangat (62%) dan kebanyakannya juga mengagumi sesetengah daripada rakan sejawat mereka (61%). 43% mengatakan mereka boleh berkongsi masalah peribadi dengan rakan sejawat. Ini Yaya setuju. Walaupun baru beberapa tahun berkawan rapat dengan Fatin dan Uzu, tapi kerana selalu berjumpa semasa event, ia mengeratkan lagi hubungan kami sesama rakan blogger. Kami bertiga memang saling tolong-menolong selagi termampu. Perhubungan dasar teknologi pada zaman sekarang ini juga mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada :)



Paling best, kami memang rapat dan saling memberi sokongan diantara satu sama lain tanpa sifat hasad dengki, jealous ke sebab ada yang dapat lebih oh no no no kami tak macam tu. Kami percaya setiap dari kami mempunyai kelebihan masing-masing dan itu yang menguatkan persahabatan kami dan kami bersaing secara sihat :)



Berdasarkan kajian yang dijalankan, rakyat Malaysia, kebanyakannya positif dengan peredaran masa dan teknologi dalam perhubungan. Kira-kira dua pertiga (66%) mengatakan bahawa teknologi menjadikan mereka lebih mudah untuk berkawan dengan rakan dari dunia maya seperti melalui ruang jualan, perkongsian tips dan juga resepi yang juga menyumbang kepada peratusan ini. Sebanyak 41% merasakan mereka lebih selesa berbual menggunakan teknologi berbanding 20% merasakan ianya sukar jika berhubungan secara realiti untuk perbualan yang lebih mendalam.


Jom korang sertai Kuiz Perhubungan dan simpulkan korang semua di kategori yang mana. Klik di Prudential Relationship Index untuk menjawab kuiz yang disediakan ya! :D



Yaya harap kita semua mempunyai perhubungan yang baik dengan semua orang. Bukan untuk jangka pendek sahaja tetapi in sya Allah dari dunia sampai akhirat. Semoga kita semua sentiasa menghormati serta menghargai orang disekeliling kita dan sentiasa menerapkan nilai murni dalam setiap perhubungan tak kiralah sesama rakan, pasangan, ahli keluarga, saudara dan juga orang yang tidak dikenali. Nilai murni dalam perhubungan itu penting ye kawan-kawan. ^_^

Jom tonton Indeks Perhubungan Prudential 2016 yang telah dijalankan di negara Asia dan khususnya di Malaysia.

Website : https://www.prudentialrelationshipindex.com/my/
Facebook : Prudential Malaysia
#PrudentialMY 
#PrudentialRelationshipIndex



Terima kasih sudi baca