Dec 15, 2023

Tenang dan Damai Bersama Keluarga di Izara @ Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan

Hujung minggu lalu Yaya dengan kawan ofis berjalan-jalan di sekitar Seremban untuk cari port menarik bagi merancang aktiviti akhir tahun bersama rakan sekerja. Katanya ada go-cart yang besar, cantik dan selesa di sekitar Bandar Sri Sendayan. Lepas kami survey, memang teruja sungguh rupanya ada banyak tempat menarik di Bayu Sutera. Mata Yaya pulak tertumpu pada dekorasi berwarna pastel yang cute di perkarangan d’Tempat Country Club. Wah terus Yaya rasa nak pergi menjengah di club house mereka! Besar juga tau siap ada dewan, ruang makan, rekreasi, swimming pool dan lain-lain fuh memang seronok ye kena pulak dengan Yaya yang suka bergambar di tempat cantik kan :p

Yaya memang suka tengok dekorasi hiasan yang cute macam ni laju je nak bergambar hee

Cutenya laa!  Hiasan ini sempena Hari Krismas yang bakal menjelang. Memang daya penarik betul hee

Dah alang-alang sampai tu memang seronok la tengok fasiliti yang disediakan oleh Matrix ni. Paling terbaharu, projek Izara @ Bayu Sutera sedang dibuka untuk mereka yang sedang mencari kediaman yang tenang dan damai untuk keluarga tercinta. Kawan Yaya pun memang sedang mencari rumah berdekatan di Seremban so kami pun ambil peluang yang ada untuk meninjau kediaman yang dijangka bakal siap sepenuhnya pada 2026 nanti :D

Kebetulan ada banyak masa so kami singgah dia Matrix Galleria untuk lihat dengan lebih dekat

Bandar Sri Sendayan yang berkeluasan 6,000 ekar

Ini adalah gambaran plot pembangunan Bayu Sutera yang sedang dibina. Best ya ada banyak fasiliti menarik. Memang berbaloi!

Kolam renang yang besar. Memang puas hati la

Lagi best ada kawasan permainan air untuk kanak-kanak tau! Seronok kan tak payah nak pergi jauh-jauh ke taman tema air kalau beli rumah kat sini :D

Untuk mereka yang sentiasa menitikberatkan kesihatan diri dan suka bersenam, ada Gym Room yang sangat selesa dan besar disediakan

Fasiliti di gym memang lengkap dengan alat berkualiti tinggi

Antara fasiliti menarik yang lain ialah :

Children TV Room

Audio Visual Room

Reading Room

Spa Room

Menarik ye ada spa di sini harga pun berbaloi untuk memanjakan diri ;)

Dewan pun ada tau senang la kalau resident nak tempah untuk event hee

Tapi paling best bagi Yaya ialah, pusat bowling! Memang wow sangat nak luangkan masa bersama orang tersayang. Untungnya siapa yang beli rumah di sini hee 

Tadi kata nak survey go-cart kan? Ya ampun tak sangka besar betul go-cart kat sini ye!

Ditempat yang sama turut terdapat bahagian archery dan paintball :D

Pendek kata, macam-macam lah ada di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan ni! Penghuni disini boleh meluangkan masa di X Park Sendayan, Carnelian Park dan juga MetroPark.

Sempat juga Yaya singgah ke lapangan golf yang turut disediakan disini. Pergh lengkap sungguh la tak payah keluar jauh-jauh kalau teringin nak main golf ye ^_^ 

Ada banyak sekolah di Bandar Sri Sendayan dan Matrix Global Schools yang terdiri daripada Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pra-school. Memang terbaiklah! 


Memang rasa teruja dan puas hati sangat dengan fasiliti yang disediakan disini. So Yaya terus rasa teruja nak tengok show house Izara yang sedang di bina di Bayu Sutera. 

Dah alang-alang sampai kesini, Yaya excited pula nak tengok show house mereka yang sedang dibina ni. Jom tengok ruang dalaman Izara :D

Cantik, besar, luas dan selesa! Memang best kalau nak berkumpul bersama ahli keluarga yang ramai atau nak buat kenduri hihi

Jujurnya, kami memang kagum dengan kemudahan di persekitaran Bandar Sri Sendayan yang tenang ni. Kalau nak tahu, mereka telah melancarkan kediaman terbaharu ini yang diberi nama Izara di Bayu Sutera! Boleh cepat-cepat dapatkan details pembelian kalau dah berkenan. Izara @ Bayu Sutera merupakan pembangunan pegangan bebas seluas 216 ekar bagi kediaman Lakeside dengan pelbagai ciri-ciri rumah pintar (smart home).

Terletak di antara 3.0 ekar Taman Tasik dan 9.5 ekar di Central Park. Bahagian yang terbaik tentang rumah ini ialah ianya dilengkapi dengan ciri rumah pintar seperti Digital lockset, Lighting module, Aircond IR Blaster, dan Voice Control (smart speaker). Ini memberikan kelebihan kepada penghuni untuk berasa lebih selamat di kawasan tempat tinggal mereka. 

Ruang dapur

Bilik di bahagian bawah yang cukup besar untuk keselesaan ahli keluarga yang lebih berusia

Suka sangat master bedroom ni luas dan cukup pencahayaan hee

Ruang keluarga di bahagian atas

Terdapat toilet khas di setiap bilik di bahagian atas. So tak payah berebut toilet dengan orang bilik sebelah :p

Cutenya bilik untuk anak ni! Siapa tengah cari idea deco boleh la ambil inspirasi untuk rumah sendiri nanti kan :)

Bayu Sutera, Izara ialah double storey link homes, dengan saiz Lot 20’ x 70’ dan binaan 2315 kaki persegi untuk intermediate unit. Terdiri daripada 4 bilik tidur dan juga 4 bilik air yang sesuai untuk keluarga sederhana kecil seperti Yaya. Seorang anak 1 bilik baru selesa :p

Menurut maklumat dari jurujual, fasa terdahulu di Bayu Sutera telah dijual sepenuhnya dalam tempoh yang singkat. Memang wow sangat! Ini membuktikan projek kediaman di Bayu Sutera semangnya diterima dan disambut baik oleh pemiliknya yang berpuas hati dengan fasiliti dan kelebihan yang ada disini. 

Saujana hijau mata memandang memang sungguh tenang dan mendamaikan ^_^ 

Project Highlights :

a) Modern Contemporary Homes

b) Spacious Comfort, Fully Extended Layout

c) Smart Living Homes

d) Private 3.0-acre Lake Park

e) Resident's Park with Outdoor Lifestyle Facilities

f) Secured Enclave

g) Embraced by a 9.5-acre Central Park

h) Ample Retails Conveniences

i) Surrounded by Schools

j) Seamless Connectivity

h) 5-Star Clubhouse Membership (d'Tempat Country Club)


Balik tu sempat Yaya jalan-jalan disekitar Sendayan Merchant Square untuk sejukkan tekak dan makan ice cream hihi. Sendayan Merchant Square menawarkan bank dan 163 unit kedai yang memberi manfaat kepada penduduk dan masyarakat keseluruhannya. Ia juga dilengkapi dengan tanah rizab 6.4 ekar untuk pembangunan pusat membeli-belah kejiranan pada masa hadapan. Fuhh mesti meriah kan nanti! Boleh sangat nak beli sebuah unit untuk keluarga :D

Sedikit highlights kemudahan lain yang ada di persekitaran Bandar Sri Sendayan untuk rujukan bakal pembeli hihi memang best tau! ^_^

Education
Matrix Global Schools
SJK (C) Bandar Sri Sendayan
SJK (T) Bandar Sri Sendayan
SK Bandar Sri Sendayan

Shopping
Mydin
AEON Mall
Lotus
Palm Mall

Medical
Klink Kesihatan Sendayan
Columbia Asia Hospital
KPJ Seremban Specialist Hospital
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Bank
Affin Bank
Bank Simpanan Nasional
Ambank
RHB Bank


Dari 9hb sehingga 24hb Disember 2023 ini, ada pelbagai aktiviti menarik di d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan bertemakan Christmas Candyland seperti Candy Dance show, LED Ballerina Dance, Gingerman Puppet show dan macam-macam lagi! Boleh RSVP di https://matrixcandyland.com/ tau!


Best betul kan banyak aktiviti dengan fasiliti yang memang premium untuk projek ini. Korang jangan lupa tempah okay! Ada 200 units sahaja bagi Izara di Bayu Sutera! Boleh lawati sales gallery mereka dan tempah segera sebelum semua unit habis dijual :')


Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @matrix_concepts


Terima kasih sudi baca   

4 comments:

  1. Nampak perumahan kat sini terancang. Rumah nampak luas. Banyak pula aktiviti kat sini.....

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:16 AM

    Wahh nampak selesa sungguh, boleh riki riki ni . Nti lisa try bincang dengan husband

    ReplyDelete
  3. Bestnya tempat ni

    ReplyDelete
  4. Woah!!! What a lovely place to spend a vacation. Saya pun kena ajak family bercuti di sini lah nanti. Hikhik...

    ReplyDelete