Mar 22, 2023

Hannah Delisha Dilantik Menjadi Duta Elegant Cosmetics

Mesti kat sini ramai peminat drama hangat Andai Itu Takdirnya kan? Karya novel Siti Rosmizah yang dilakonkan oleh Hannah Delisha sebagai watak utama memberi peluang kepada beliau untuk melebarkan lagi sayap sebagai pelakon yang berkaliber atas lakonan beliau yang sangat dekat di hati penonton. Untuk pengetahuan semua, Hannah Delisha kini dilantik sebagai duta rasmi produk kecantikan Elegant Cosmetics.

 

Pemilihan Hannah Delisha sebagai Duta jenama Elegant Cosmetics juga adalah seiring dengan kualiti visi dan misi jenama tersebut yang sangat teliti dari setiap aspek. Selain memberi lebih keyakinan kepada kaum wanita, besar harapan mereka untuk menjadikan jenama Elegant Cosmetics lebih meluas di pasaran Asia dengan kualiti produk dan potensi jenama setaraf antarabangsa.


Yaya sendiri memang kagum dengan persona seorang Hannah Delisha. Seriring dengan wajahnya yang comel cantik cute (omg I love her so much ok hihi) Hannah juga bijak dalam mengatur langkah bidang seni beliau. Jarang sekali kita dengar berita yang tidak enak tentang Hannah. Kehidupan peribadi beliau disimpan kemas dan Hannah lebih selesa memberi sepenuh tumpuan kepada kariernya sahaja.


Berikutan juga seperti yang kita sedia maklum Hannah Delisha juga merupakan antara selebriti yang sangat mengambil berat tentang setiap aspek bahan-bahan serta kualiti persembahan produk yang perlu dinilai oleh dirinya sendiri sebelum bersetuju untuk menjadi Duta selaras juga dengan setiap penghasilan produk-produk Elegant Cosmetics yang kesemuanya mempunyai dokumen lengkap berhubung keselamatan produk untuk penggunanya. Elegant Cosmetics juga kini telah berada di pasaran 4 buah negara iaitu Malaysai, Brunei, Singapore dan Indonesia


Elegant Cosmetics yang juga telah melancarkan inovasi serum oilet produk terbaharu mereka iaitu "Elegant Age Defiance Oilet Serum" atau lebih dikenali sebagai EADOS Serum. EADOS Serum yang diformulasikan khas untuk menganjalkan kulit, memudarkan kesan parut serta mengecutkan jerawat dari hasil gabungan formulasi utama yang berkesan iaitu bahan " Adenosine" dan "Hibiscus Sabdariffa Fruit Extract" atau Ekstrak Bunga Roselle untuk hasilkan lebih banyak kolagen yang sihat dalam kulit kita. 


Inovasi terbaharu "Oilet Bubble" atau "Oil-Infused Water" dengan 3 warna yang berbeza iaitu "Pink- Ekstrak Bunga Roselle, Biru- Adenosine dan Kuning-Vitamin C" yang terdapat dalam EADOS Serum ini yang memberi penyerapan yang lebih mendalam untuk memberikan impak yang maksima kepada kulit. Jarang kita dengan tapi inilah Elegant Cosmetics yang menjadi pemula dalam inovasi baharu ini dalam industri pembuatan serum di Asia demi melahirkan ramai yang boleh mendapatkan kulit awet muda walau semakin berusia.


Hannah berkongsi pengalaman beliau menggunakan produk Elegant Cosmetics. Hannah juga mengakui mempunyai masalah kulit sensisitif dan produk Elegant Cosmetics terutamanya EADOS Serum baharu banyak membantu untuk merawat masalah kulit beliau.

Produk Elegant Cosmetics juga diterima baik oleh pengguna dari Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sepanjang 3 tahun dipasaran dan bertahan sehingga kini malah lebih maju kedepan apabila pada tahun 2023 ini menjadi permulaan yang baik bagi mereka secara seluruhnya.


Elegant cosmetics juga pernah menjadi penaja jenama besar seperti menjadi penaja utama rancangan realiti Final Konsert Famili Duo dan turut bersiaran khas di stesen siaran radio nombor satu Malaysia iaitu Radio Era.


Pihak Elegant Cosmetics berharap agar jenama ini terus mendapan sokongan dan sambutan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya selain dapat lebih meluas di seluruh Asia. Besar harapan pihak Elegant Cosmetics untuk menjadi antara salah satu jenama yang mempunyai identiti besar yang mendapat kepercayaan untuk berada setaraf jenama-jenama besar diperingkat antarabangsa yang terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti terbaik untuk penggunanya dalam industri kecantikan.





EADOS Serum kini dijual pada harga RM79.00 (30ml) sahaja dan pastinya telah berdaftar di bawah KKM dan selamat digunakan. Cantik sangat packaging botol EADOS Serum ni! Yaya suka betul sebab nampak mewah dengan gabungan warna yang sangatlah cantik. Jarang produk tempatan bervariasi dengan warna ceria dan cantik macam ni. Kalau serum dah habis pun mesti sayang nak buang botol tu kan :')

Pihak Elegant Cosmetics berharap agar jenama ini terus mendapan sokongan dan sambutan baik oleh semua rakyat Malaysia terutamanya selain dapat lebih meluas di seluruh Asia. Besar harapan pihak Elegant Cosmetics untuk menjadi antara salah satu jenama yang mempunyai identiti besar yang mendapat kepercayaan untuk berada setaraf jenama-jenama besar diperingkat antarabangsa yang terkenal dengan produk yang mempunyai kualiti terbaik untuk penggunanya dalam industri kecantikan.

Boleh dapatkan semua rangkaian produk Elegant Cosmetic melalui ejen Elegant Cosmetics yang terdekat di seluruh Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia.


Instagram : @elegantcosmetics.hq

 Tiktok : @elegantcosmeticshq

Terima kasih sudi baca   

No comments:

Post a Comment