Sep 17, 2020

Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump | Sangat Memudahkan Para Ibu!



Hai semua! Yaya excited nak share benda best yang akan memudahkan semua para ibu menyusu samada ibu berkerjaya mahupun surirumah yang merupakan EP mom (Exclusive Pumping mom). Yaya teringat pula masa time Dahlia dulu. Terkejar-kejar nak buat stok susu anak ikut time. Yelah sebab nak kena pastikan tengah free sekejap baru boleh buat sesi mengepam. Kadang-kadang tu tiba-tiba ada kerja urgent alamak terpaksa berhenti dan dahulukan kerja yang hakiki. Akibatnya? breast bolah jadi bengkak sebab tak kosongkan betul-betul. Sakit tau kalau teruk sangat boleh sampai demam :(


So apa apa langkah yang kita boleh ambil untuk menangani bengkak susu kerana kesibukan masa selain daripada mengikut jadual pam? 


Inilah jawapannya! Yomums Hands-free Breastpump! Percaya tak ianya sangat ringan dan sangat memudahkan para ibu untuk menggunakannya? Paling best, ianya juga sangat senyap semasa digunakan. Haa lepas ni tak risau kalau nak kena attend meeting dan dalam masa yang sama kita boleh juga pam susu! Yeayy seronoknya! ^_^


Hadir dengan warna baby pink dan baby blue, mestilah Yaya pilih warna pink my favourite hihi



Paling suka sebab takde tiub bagai. Sambungkan semua ni and terus dah siap dan sedia untuk buat stok susu! 


Antara item lain yang ada di dalam 1 set Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump.



Kelebihan Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump :

1. Mudah digunakan
- Kecil, ringan dan boleh diselitkan di dalam bra sahaja tanpa mengganggu para ibu di dalam tugasan harian.

2. Senyap
- Pam pada bila-bila masa termasuk ketika meeting bersama bos! Jangan risau kerana bunyi dan getarannya sangat perlahan sehingga langsung tak didengari orang sebelah pun ;)

3. Hands-free
- Yes! Ni function yang paling Yaya suka! Selain daripada mudah dibersihkan, mudah dipasang dan tiada tiub atau wayar yang diperlukan, mommies juga boleh pam sambil drive kereta, sambil makan mahupun sambil berblog :p

Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump menggunakan Food grade PP + silicone materials, BPA Healthy and odorless. Pastinya selamat untuk kegunaan mommies dan paling penting untuk baby.


Cara penggunaan pun sangat mudah dan senang :
  • Klik power button
  • Terdapat 2 mode iaitu Mode Urutan dan juga Mode Sedutan (Yaya suka pilih mode urutan dahulu dalam 5 minit baru beralih kepada mode sedutan)
  • Mempunyai 5 tahap sedutan (daripada tahap paling lembut dan paling kuat, mommies cuma tinggal pilih sahaja mengikut keselesaan mommies)


Lepas dah guna, transfer susu ke dalam botol atau storage bag dan basuh peralatan (kecuali motor breastpump) sehingga bersih untuk penggunaan seterusnya nanti. 


Kapasiti susu boleh mencapai sehingga 120 ml atau 4 oz ++ 


Review dari Yaya : Such a life saver! Omg memang sangat-sangat pratikal untuk mommies yang selalu busy tapi dalam masa yang sama nak memenuhi tanggungjawab sebagai ibu untuk bagi susu ibu (you know breastmilk is the best milk ever for our baby especially under 6 months). Boleh juga sambil susukan baby, kita pam yang disebelah lagi untuk mengelakkan pembaziran susu. Since now Nuha Jasmine dah sebulan lebih dan minggu depan Yaya dah start masuk kerja, memang handsfree breastpump macam ni sangat memudahkan kerja Yaya nanti. Most of the time Yaya kerja di luar bangunan so masa drive boleh curi masa sekejap pam susu yeayy! Lepas ni dah tak risau nak attend meeting sambil buat stok susu. Even haritu masa pergi event, Yaya standby je bawa Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump ni dalam beg and on the way balik rumah (event hampir 3 jam) lepas tu dah rasa dada tak selesa, sebelum bengkak susu, dalam grab car pun kita boleh pam tau ;). Khas untuk EP mom juga, korang dah tak perlu risau nak buat stok susu baby everywhere and anytime! Yaya sangat recommend Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump ni untuk mommies yang tengah cari breastpump sesuai untuk kegunaan sepanjang masa. ^_^


Yaya bagi 5 bintang untuk Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump! Sangat recommended! 


Ada berita baik! Sekarang tengah ada promo RM499 sahaja untuk 2 unit Yomum's FIT Wearable Handfree Wireless Breast Pump (harga asal RM299 untuk satu unit) so mommies boleh pakat share dengan kawan beli sama-sama dan dapat jimat RM99! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : YomumsOfficial
Instagram :   @yomumsofficial

Pembelian juga boleh dibuat di :




Terima kasih sudi baca

15 comments:

  1. Cantik warna pink ida. soft je :) Terimakasih sebab share entry yang memberi manfaat buat semua. Ika akan jadikan blog yaya sebagai rujukan nanti bila ika akan jadi seorang ibu hee.

    ReplyDelete
  2. lepas ni dah tak ada masalah bengkak susu sebab tak jumpa masa nak pump. Warna dia pun cantik!

    ReplyDelete
  3. Comelnyaa nampak breast pump nii, lagi2 colour pink mmg colour favourite tuu hehe! Bagusnya dia light, boleh hands free & silent masa guna, memang bagus mommies semua guna nii 😍

    ReplyDelete
  4. Senangnye zaman sekarang..zaman k mid dulu guna yg manusl aje..bolehlah bagitau anak-anak suruh guna yg mcmnie..mudah sikit

    ReplyDelete
  5. Menariknya breast pump ni.. Lepas ni tak payah pening kepala fikir nak hadiahkan apa kat preggy mommy or rakan wanita yang masih breastfeed baby mereka.. inilah produk terbaik untuk mereka..

    ReplyDelete
  6. Alahaiii comelnyaa...
    Macam-macam ek sekarang, dari taknak bila nengok terus nak belinyaa...zaman Sis ko, bengkak aje, terus sumbat ke anak hahahahaha..

    ReplyDelete
  7. Ala comelnye breast pump ni. Ala nape lah baru tahu. Takpe lah next time dapat baby lg boleh cari ni. Dok rumah pon kena pump sbb bengkak susu tu memang tak tahan seksa

    ReplyDelete
  8. Alahai comel giler pam sush sekarang ni. Warna pink tu buat akak suka la. Bag kecil aje je bawa kan. Tak perlu macam zaman dulu satu bag besar usung sana sini. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Kita pun suka guna pam dari YoMum's ni. boleh buat macam2 kerja rumah sambil pam. Saiz pun comel. Mudah bawa ke mana2 je.

    ReplyDelete
  10. nice sangat design gadget baru dan terkini untuk BF mom. harga pun affordable dengan feature wireless ni mmg menarik sangat

    ReplyDelete
  11. Bagus ni kan untuk mommies yang sentiasa bz dengan tugasan ... tak perlu nak pump pump dgn tangan ek? Bole rekomen pd anak2 ni...

    ReplyDelete
  12. Handfree wireless breastpump menariknya. Senang la nak pam susu kan.. Boleh akak suggest dekat adek ipar ni

    ReplyDelete
  13. comel nya benda ni. Bagus sangat untuk ibu2 yang bekerja, yang baru jadi ibu dan belum ada pengalaman menyusukan bayi. Ada benda ni bagi semanagt juga pada ibu2 untuk susukan bayi diaorang.

    ReplyDelete
  14. Nampak bestnya... boleh beli dan cuba

    ReplyDelete
  15. minta aura virtual pelishh hehehe

    ReplyDelete