May 19, 2020

Resepi Susu Pisang Kurma "Smoothie" Menggunakan Beko Vacuum Blender




Hai semua! Pejam celik sekejap je kita dah berada di minggu terakhir bulan Ramadan. Sayu juga hati ni bila tak dapat pulang beraya di kampung seperti tahun sebelumnya. InsyaAllah ada hikmah yang baik untuk semua. Yang penting, semua orang harus menjaga kesihatan diri dan oang tersayang dengan mengamalkan langkah-langkah yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Biasakan diri dengan kehidupan norma baharu yang pastinya memberikan kesejahteraan untuk semua.


Bila dah "Work From Home" ni, terus mencurah macam-macam idea untuk mencuba pelbagai resepi kan? Lagi best bila resepi yang dicuba tu menjadi dan menepati selera dan citarasa keluarga. Yaya teruja nak buat susu pisang kurma smoothie hihi. Sesuai diminum semasa bersahur untuk mengekalkan tenaga sepanjang bulan puasa ni. Kali ni Yaya menggunakan Beko Vacuum Blender TBV8104BX.



Beko Vacuum Blender TBV8104BX.

Mengenai Beko
Beko adalah jenama perkakas domestik dan elektronik pengguna Arçelik A.Ş. dikendalikan oleh Koç Holding. Kalau nak tahu, jenama Beko ini merupakan jenama nombor 1 di Eropah dan merupakan jenama perkakas rumah kedua yang terbesar di Eropah (Disember 2017). Ia merupakan jenama perkakas utama yang berkembang paling pesat di pasaran Eropah secara keseluruhan sejak tahun 2000.


5 Sebab Harus Memiliki Beko Vacuum Blender TBV8104BX

1. Pengekalan Nutrien Secara Maksimum

Dengan menggunakan Beko Vacuum Blender, anda dapat menikmati manfaat kesihatan buah dan sayuran anda lebih lama kerana teknologi pencampuran vakum mengurangkan pengoksidaan untuk mengekalkan lebih 40% khasiat Vitamin C, sambil mengunci kandungan serat tambahan. Dengan ini, anda boleh menyediakan smoothie dan menyimpannya di dalam peti sejuk dengan bekas kedap udara. Dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan nutrien yang segar dan enak pada hari berikutnya.


2. Rasa dan Warna Yang Segar
Dengan menggunakan Beko Vacuum Blender, ia memberikan warna cerah dan rasa segar dari bahan anda dengan lebih lama. Dengan teknologi pengadunan vakum membantu anda menikmati smoothie dan jus yang kelihatan hebat. 


3. Enam Program
Dengan enam program yang mudah, anda hampir dapat melakukan semuanya dengan Beko Vacuum Blender yang hebat ini. Antara fungsinya ialah dapat melakukan penghancuran ais, membuat sos, mengadun smoothie dengan baik dan macam-macam lagi. Pengisar vakum ini dilengkapi dengan enam program yang sesuai dengan keperluan pengguna. Untuk setiap program, anda boleh memilih antara pencampuran vakum atau pencampuran biasa. Untuk lebih fleksibiliti, anda juga boleh memilih antara pilihan tetapan kelajuan. Yaya sendiri dah jatuh cinta dengan fingsi IceCrush yang mana ia membolehkan kita mendapatkan ais halus dan hancur dalam beberapa saat, semuanya hanya dengan menekan butang sahaja.


4. Bilah Tiga Bergerigi
Dengan bilah yang mantap, ia dapat menghancurkan dan mencampurkan apa sahaja dari ais, kacang dan biji hingga buah-buahan dan sayur-sayuran yang keras. Dengan enam bilah, anda kini dapat menghancurkan lebih cepat dan memastikan semuanya lancar dalam beberapa minit. Menggunakan motor 1000w, tetapan kelajuan boleh diubah mengikut citarasa. Yang pastinya bilah ini menggunakan keluli tahan karat.


5. Pembersihan Auto
Selaian Pegangan tegas & stabil serta lengkap dengan fungsi Anti-slip Feet, ianya juga berfungsi  untuk pembersihan automatik. Beko Vacuum Blender ini mempunyai fungsi Auto-clean yang mudah digunakan untuk membersihkan bahagian dalam pengisar. Kita cuma perlu menuangkan air kedalamnya dan pengisar akan beroperasi sendiri untuk membersihkan pengisar sehingga bersih.


Jom kita buat Susu Pisang Kurma Smoothie yang sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan :

5 biji Pisang Emas
3 biji Kurma yang telah dibuang biji
1 Cawan Susu Segar
1 Mangkuk Ais
Pelbagai Hiasan (optional)

5 biji Pisang Emas

3 biji Kurma yang telah dibuang biji

1 Cawan Susu Segar

1 Mangkuk Ais

Seterusnya, masukkan semua bahan kedalam Beko Vacuum Blender


Masukkan pisang


Masukkan kurma


Masukkan susu segar


Masukkan ais


Sedia untuk dikisar!


Buka bahagian atas untuk masukkan pengisar


Pastikan ditutup rapat sebelum proses mengisar dimulakan


Terdapat 6 pilihan butang yang berlainan fungsi



Kita pilih Smoothie!


Semasa proses Smoothie


Ini pula semasa proses Vacuum + Blend fuhh makin lembut halus la smoothie kita


Taddaa~! Dah siap. So yummy!


Yaya tambah Brownie Chocolate Chip sebagai topping hihi lagi sedap kunyah rasa krup krap bila minum



Mudah je kan nak buat Smoothie yang berkhasiat dan sedap? Proses penyediaan sangat mudah dan cepat dengan Beko Vacuum Blender ni. Kalau ada yang nak beli atau nak hadiahkan orang tersayang, boleh belikan Beko Vacuum Blender ni untuk mereka ;)


Untuk Maklumat Lanjut :

Facebook : Beko Malaysia
Instagram : @beko.my



Terima kasih sudi baca



11 comments:

  1. susu pisang biasa minum..susu pisang kurma tk pernh lg...bole cuba nanti utk berbuka puasa

    ReplyDelete
  2. Wahhh smoothie ni kalau buat berbuka memang refreshing sangat. Tak silap ada member guna jenama ni juga. Senangnya nak buat smoothie macam ni!

    ReplyDelete
  3. waahhh! senang la boleh buat smooties. x yah beli2 smooties lagi. beli la buah apa pun, on je..

    ReplyDelete
  4. puas hati bila buat sendiri Kan boleh ejas manis ke tak. sedapnyaaa susu pisang kurma

    ReplyDelete
  5. Jenama Beko ini nampak gayanya semakin hari mendapat tempat di hati pengguna. Sekarang ini bukan kenama yang penting tetapi kegunaanya. Popular atau tidak faktor kedua yang penting murah tapi ada kualiti.

    ReplyDelete
  6. Serious menarik . Berapa la agaknya harga tu kan. Mudah sangat nak buat smoothie yang sedap dan menepati citarasa kita. Nanti K.Sal survey

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik pula tengok Beko. Eh terberkenan pula. Boleh guna untuk buat jus dan smoothie macam ni. Eh susu kurma tu nampak sedaplah. Nanti nakmtry tapi nak kena cari beko juga.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya smoothing pisang kurma. mengenyangkan..

    ReplyDelete
  9. Perghhh blender pun ada vakum ekk..baru ku tau...tapi tu lee, seorang Sis Lin tak suka minum Smooties hehehehe...

    ReplyDelete
  10. Sedapnya susu pisang. .Pakai pulak vacuum blender yang mudah nak buatnya. .Besarnya blender.. Cntik lulka tu

    ReplyDelete
  11. oo brand elok juga la ni. sedap jadi smoothie tu

    ReplyDelete