Mar 11, 2020

SeraiMas Kurma Hidayah Plus Penuh Dengan Khasiat Makanan Sunnah



Hai korang! Siapa kat sini penggemar kurma? Yaya memang suka makan kurma and paling favourite kurma jenis Mariami hihi sebab dia jenis kering-kering sikit. Kalau tak teringat time kecil-kecil dulu punyalah susah nak makan kurma sebab tak suka rasa dia sedangkan itu makanan Sunnah dan baik untuk tubuh badan. Bila tahu khasiat makanan Sunnah seperti Kurma, Madu, Buah Tiín dan Buah Delima haa baru reti nak belajar makan dan amalkan.


Yang bestnya sekarang ni lagi mudah dah ekspres. Tak payah nak beli satu-satu makanan Sunnah yang Yaya senaraikan tadi. Dah ada All in One! Tak payah kunyah atau kupas, boleh terus telan je hee. Haritu ada ternampak SeraiMas Kurma Hidayah di salah satu farmasi terkenal iaitu Caring Pharmacy. Fuhh bukan calang-calang ni kalau dah masuk farmasi ;)


SeraiMas Kurma Hidayah sinonim dengan jus mampu milik yang menggabungkan 6 Formulasi lengkap nutrisi bahan semulajadi iaitu Madu, Kurma, Buah Tiín, Kismis, Goji dan Delima. Formulasi terbaik bagi membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk tenaga, meningkatkan tahap kesihatan serta kecergasan tubuh badan. Bahan yang terkandung dalam SeraiMas Kurma Hidayah bebas daripada gula sintetik serta tekstur dan rasa jus ini adalah dari manisan bahan semulajadi maka sesuai diamalkan oleh semua peringkat usia.

Nutrisi lengkap Bahan Semulajadi Gabungan 6 dalam 1 dengan Ciri-Ciri dan Kebaikan :
  •  Bahan semulajadi
  •  Selamat dengan sijil Halal dan sijil KKM
  • Bebas gula dengan Pemanis semulajadi
  • Meningkatkan tenaga
  • Bebas kolestrol
  • Melindungi bakteria baik
  • Penyelenggaraan kesihatan Keseluruhan untuk organ dan tubuh badan
  • Mudah untuk diambil dan larut dalam bentuk cecair
  • Penghadaman dan penyerapan nutrisi yang cekap
  • Peningkatan keselamatan untuk mengekalkan keaslian produk 


Siapa yang boleh amalkan SeraiMas Kurma Hidayah?
  • Ibu Mengandung
  • Kanak-kanak seawal usia 2 tahun
  • Lelaki dan Wanita 

SeraiMas Kurma Hidayah telah diiktiraf mencapai standard kebersihan, kualiti, keberkesanan & keselamatan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  

SeraiMas Kurma Hidayah Jus Nutrisi lengkap; 

a) Tiada gula sintetik 
b) Penghadaman dan penyerapan nutrisi yg lebih cekap 
c) Pengguna selamat menggunakannya tanpa sebarang keraguan dan terhindar dari bahan-bahan yang terlarang 
d) Mempunyai sistem keselamatan verifikasi ketulenan produk yang mesra pengguna


Selain diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), produk SeraiMas juga telah mendapat anugerah Asia Pacific Super Health Brand 2018-2020 kerana amalan perkilangan yang baik. Tahniah SeraiMas! ^_^


Panduan Penggunaan 

1. Diambil 1 jam sebelum makan atau ketika perut kosong 

2. Dewasa: 2 kali sehari iaitu 2 sudu besar (30ml) 
        a) Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari 
        b) Sebelum makan malam 

3. Kanak-kanak: 2 kali sehari iaitu 1 sudu teh (5ml)
        a) Sebelum makan pagi atau sebelum makan tengahari 
        b) Sebelum makan malam

4. Goncang dahulu sebelum minum 

5. Simpan ditempat yang kering dibawah 30 celcius 

6. Jika ada mengambil sebarang ubat atau makanan tambahan lain, jarakkan pengambilan selama satu jam 

7. Untuk mendapatkan keberkesanan yang efektif, amalkan 8 gelas air putih sehari 


Nyum-nyum sedap sangat SeraiMas Kurma Hidayah Plus ni!



Yaya nak sharing la dengan korang aktiviti seharian Yaya yang sangat super busy. Bangun pagi-pagi gosok baju kerja sendiri dan juga suami lepas tu siapkan beg Dahlia untuk kerumah pengasuh. Kalau rajin sikit Yaya siapkan bekal ke ofis. Style Yaya pula kalau sebelum pergi kerja mesti nak pastikan katil dah berkemas, rumah pun dalam keadaan kemas kalau tak memang semak mata balik kerja. Jadi kita kemas la mana yang mampu dahulu asalkan sedap mata memandang. Okay semua nampak terkawal sampailah kena hadap jammed setiap hari dari Cheras ke Putrajaya hahaha mental Yaya memang down sikit kalau jammed teruk kat Sg. Ramal tu so banyakkan berzikir dalam kereta sambil dengar radio Ikim :p


Sampai ofis pula buat check list untuk kerja yang perlu dibuat pada hari tersebut. Skop kerja Yaya ni dalam sebulan memang kerap turun ke lapangan untuk buat pantauan samada di Hypermarket, Supermarket, pasar basah dan juga kedai runcit dan pasar mini di sekitar Putrajaya. Kalau kena kedai yang takde aircond tu fuhh memang tercabar keimanan la haha. Kemudian balik ofis dan siapkan laporan harian yang diperlukan. Ingat lagi time tu Dahlia masih breastfeeding, memang lagi longlai la Yaya nak kena buat stok susu disamping beban tugas semasa. Bila waktu balik kita hadap jammed semula malah lebih teruk dari pagi tadi kuang3x. So boleh bayangkan sampai rumah Yaya dah lunyai macam sayur? Tenaga dan bateri flat habis! Hahahah



Bagi ibu berkerjaya atau suri rumah yang ada masalah macam Yaya yang sering kekurangan tenaga, jom kita amalkan SeraiMas Kurma Hidayah Plus untuk membantu mengembalikan semula tenaga yang hilang selepas aktiviti seharian. Yela waktu malam pun ibu-ibu masih berusaha berkhidmat untuk keluarga. Kalau badan rasa letih dan lesu, kita lagi mudah marah betul tak? Kosentrasi untuk keluarga tercinta pun sedikit sebanyak terganggu. Tak bestlah macam tu kan. Yaya ada terdengar pesanan dan titipan nasihat yang Yaya dengar dari radio. “Sentiasa cipta cinta kasih diantara keluarga untuk membentuk emosi dan akhlak yang baik sesama pasangan. As a result, anak-anak akan membesar sebagai orang yang hebat dari segi akhlak dan juga potensi diri”. Oleh itu, tunggak utama keluarga haruslah sentiasa bertenaga dan ceria kan? Hihi ;)


Jom kita tengok antara faktor utama kita Kekurangan Tenaga :

a) Dehidrasi dapat membuatkan kita merasa lesu dan letih untuk konsentrasi. Bahkan dehidrasi juga menyebabkan penurunan berat badan sehingga 3 peratus dari berat badan sebenar.

b) Penggunaan gajet sehingga larut malam. Memeriksa telefon bimbit sebelum tidur sangat berpengaruh terhadap aktiviti otak dan membuatkan kita susah untuk tidur. Selain itu, pencahayaan dari skrin telefon bimbit juga dapat mengganggu hormon tidur melatonin dan membuatkan anda keletihan keesokan harinya.

c) Kekurangan mineral zat besi berfungsi membawa dan menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh serta membantu membersihkan sisa dari sel-sel tubuh kita. Jika kita kekurangan zat besi iaitu kurang dari 18 miligram sehari, tubuh akan merasa keletihan. Kadar zat besi yang terlalu rendah juga dapat menyebabkan anemia dan tentunya masalah kekurangan zat besi di dalam badan.


Oleh itu, ayuh bersolusi dengan Kurma Hidayah Plus yang mengandungi :

Kurma - kerana ia mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya gula semula jadi (fruktosa, glukosa, sukrosa) yang tinggi dalamnya, serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.

Madu - satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium. madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik dan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.

Goji - Vitamin B Komplex, perlu untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Goji berry mampu meningkatkan tenaga dan menjadi ramuan alternatif bagi mengembalikan tenaga dan mengurangkan keletihan.


Boleh dapatkan produk Kurma Hidayah Plus di Caring Pharmacy dan toko-toko jamu berdekatan. Sebarang pertanyaan sila hubungi  ws +60 13 782 5282 (SeraiMas)

Untuk maklumat lanjut :

Whatsapp : +60 13 782 5282

#kurmahidayahPLUS  #kebaikankurmautkseisikeluarga #rajasegalaherba



Terima kasih sudi baca

17 comments:

  1. Bagus produk ni, akak pun amalkan..rasa fresh and bertenaga bila minum pagi2 sebelum pergi kerja :)

    ReplyDelete
  2. Kalau makan makanan sunnah ni insya allah la terhindar daripada penyakit tapi nak kena istiqomah la.

    ReplyDelete
  3. bagusnya ada pati kurma ni.. siap ada goji berry sekali.. mmg bagi tenaga la mcmni... senang makan je mcmni kalau busy dari nak bawak kurma merata2...thanks sharing ..

    ReplyDelete
  4. Nak dekat bulan puasa ni haaa bagus ni amalkan priduk kurma macam ni, bagi tenaga dan persiapan perut kita supaya tak terkejut bila nampak ayam percik masuk dalam perut kan hahahaa

    ReplyDelete
  5. Bagusnya boleh memberi tenaga. Bagusnya ada kurma berbentuk cecair ni. Mudah nak consume

    ReplyDelete
  6. Ada baca kat mana entah share info kata Seraimas Kurma ni memang bagus untuk kesihatan. Kurma pun kita tahu kan khasiatnya. Kena beli juga buat stok di rumah.

    ReplyDelete
  7. Memang bagus makan kurma ni... time preggy dulu, empat-empat kali memang makan kurma untuk tambah tenaga... masa mula-mula memang tak berapa mudah nak masuk... hehehehe... maklumla, bukan makanan ruji kita... tapi, apabila memikirkan kebaikannya, kugagahi jua... lama-lama jadi okay... ni dah ada banyak campuran ni, makin bertambah la khasiatnya kan... thanks for the info ye Yaya...

    ReplyDelete
  8. best tapi seeloknya cek dulu ramuan dan nutrisinya sebelum diambil. kalau kadar gula tinggi memang kena kurangkan pengambilan

    ReplyDelete
  9. bagus produk gini. makanan sunnah, kan.
    aida now memang hunting for this kind of product, yaya.
    anak kedua ada masalah kesihatan.
    top up apa2 makanan sunnah yg berkualiti.

    ReplyDelete
  10. Suka produk ni..mmg dapat menjaga kesihatan badan luar dan dalam

    ReplyDelete
  11. Rawlins rasa cam nak belikan untuk my parents - kita bagi mereka lebih bertenaga dan segar seharian mereka. Tq share info nie Yaya

    ReplyDelete
  12. Boleh rekemen dekat family yg tak suka makan kurma. Atau yg nak cepat, boleh telan kurma hidayah plus aje.

    ReplyDelete
  13. Terbaiklah semua produk keluaran Serai Mas. Suka sgt dgn kurma tu

    ReplyDelete
  14. I pernah try jus ni, it taste quite good also.

    ReplyDelete
  15. kura madu semuatu bagus kena konsisten amalkan

    ReplyDelete