Sep 7, 2018

10 Kelebihan Mama Sutra Untuk Kecantikan Dalaman Wanita



Hai korang! Tipulah kata lepas bersalin normal ni tak ada masalah kewanitaan yang biasa dialami oleh kaum ibu. Sebab tu Yaya agak menjaga pantang dalam pemakanan dan minuman. Berjaya jugalah Yaya tahan selama beberapa bulan tak minum air sejuk sampailah satu tahap tengah musim dan cuaca panas barulah minum huhuhu. Yaya perasan lepas mula minum air sejuk perut jadi buncit dan masalah keputihan mula menjelma. Betul ke ada kaitan eh? Ke mind set Yaya jer? Maklumlah dari dulu lagi kita dengar orang yang awet muda ni kebanyakannya diorang pantang air sejuk ^^'


Sejak sibuk dengan kerja, part time menulis, jaga baby, jaga baby besar :p, uruskan keluarga dan lain-lain, Yaya mudah rasa lesu dan cepat penat. Baru buat kerja sikit dah rasa macam lari satu padang. Baru lepas menyusukan anak, terus tak larat nak teruskan kerja lain sebab Dahlia selalu mengempeng lama dengan Yaya bila balik kerja. Tak larat ooo :(


Baru-baru ni Yaya ambil inisiatif untuk cuba makanan tambahan dari Mama Sutra. Bila baca kandungan dan khasiat Mama Sutra ni, Yaya jadi excited pula nak cuba maklumlah sedar diri sebab tak selalu dapat konsisten ambil makanan yang berkhasiat. Kadang-kadang terbabas fast food juga >.< 

Jom tengok kandungan semulajadi yang terdapat dalam sebotol jus Mama Sutra :

Kurma - Mengandungi potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkitkan nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah payudara dan rahim

Prunes - Membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit

Delima - Sepertimana yang kita tahu, delima dikatakan sangat baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kolestrol dan lemak juga dapat dikurangkan secara perlahan-lahan serta ia membekalkan vitamin yang membantu kulit agar tampak lebih berseri dan cerah.

Buah Tin - Makanan tambahan untuk kesuburan. Ini disebabkan vitamin dan mineral didalamnya untuk menggalakkan tenaga dan stamina.

Kacip Fatimah - Mengekalkan sistem pembiakan yang baik bagi wanita untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.

Air Mawar - Mampu memberikan rasa tenang dan menyegarkan untuk tubuh. Bahkan bagi meraka yang memiliki gejala psikologi seperti stress akibat penyakit jantung akan perlahan-lahan disembuhkan melalui cara ini.

Buah Asam Gelugor - Meningkatkan daya tahan tubuh diperlukan supaya kita tidak mudah sakit. Selain mengandung antioksidan yang berguna untuk  melawan radikal bebas, ianya juga digunakan sebagai salah satu solusi bagi yang ingin selalu tampak awet muda.

Halia - Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan termasuk sakit otot selepas bersukan, senggugut dan arthritis.

Sirih - Terbukti sangat berkesan mengatasi masalah angin dalam badan, lemah badan, serak kerongkong, mulut berbau dan lain-lain masalah mulut, hidung dan lapisan dinding perut. Siri dengan adunan lain-lain ramuan bertindak membantu membina rahim dan sistem peranakan.

Kunyit Putih - Mencuci darah dan kekotoran dalaman, kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), kecutkan buasir, kecutkan fibroid, kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, menyuburkan peranakan, memulihkan luka-luka dalaman, naikkan seri muka, buang angin, elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh. 

Manjakani - Mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin.

Serapat - Sering digunakan secara tradisional dengan menggabungkan bersama-sama herba-herba lain (selalunya kacip fatimah dan lain-lain). Sangat berkesan untuk membina rahim, mengetatkan faraj dan meningkatkan sistem kemutan.

Manggis - Kulit manggis mengandung banyak zat aktif yang berguna untuk mengobati berbagai penyakit, salah satunya untuk mengobati keputihan.

Kayu Manis - Ia terbukti berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut kerana kulit kayu manis ini mengandungi bahan kimia semula jadi yang dipanggil cinnamaldehyde.Kajian menunjukkan cinnamaldehyde dapat meningkatkan hormon progesteron dan mengurangkan penghasilan testosteron pada wanita, sekaligus membantu untuk mengimbangi hormon.

Habbatussauda - Habbatus sauda meransang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ia juga membantu kesuburan.

Collagen - Kolagen pun adalah jenis protein yang sangat diperlukan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.

Arabic Gum - Memperbaiki tindakbalas sistem imun tubuh melalui rangsangan kepada sel dendritic didalam lumen usus dan penghasilan cytokine. Selain itu Arabic gum dapat membantu melegakan senggugut.

Sebab tak senang nak cari segala jenis tok nenek resepi ni dan ianya mudah dimakan begitu sahaja, Yaya tinggal suap je kedalam mulut dan telan. Yeayy! :p Yang penting jangan lupa minum banyak air putih okay? 


Antara 10 Kelebihan Mama Sutra ialah :
  • Membantu merawat masalah keputihan dan haid yang tidak teratur
  • Membantu merawat masalah vagina berbau 
  • Membantu mengetatkan faraj 
  • Membantu merawat masalah lelehan yang banyak pada faraj 
  • Membantu melambatkan proses monopous
  • Membantu mengurangkan masalah sengugut 
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu menghilangkan bau badan
  • Memberi tenaga dalaman wanita 
  • Membantu merawat masalah dalaman dan memudahkan untuk mendapat zuriat




Cara pengambilan Mama Sutra :

1 sudu pada waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu pada waktu malam sebelum tidur (gunakan sudu plastik).

Lagi best bila diminum sejuk hihi sedap sangat rasanya! Jangan lupa simpan dalam peti ais okay!

Testimoni Yaya :

Selepas seminggu penggunaan Mama Sutra, Yaya dapat rasa tenaga Yaya makin bertahan lama sehingga ke larut malam melayan si manja Dahlia. Selalunya pukul 11 malam Yaya dah flat gila tapi sekarang masih boleh bertahan layan Dahlia sampai pukul 1 pagi! :O Lepas tu bangun pukul 5 pagi untuk siapkan barang Dahlia, gosok baju kerja laki bini dan lain-lain sebelum pergi kerja. Selama seminggu ni kebetulan Yaya datang bulan pula tapi Yaya perasan senggugut Yaya settle dalam masa sehari je wei. Selalu mesti dua tiga hari juga sampai mencangkung bawah meja kerja haha aduhh. Mungkin lepas ni lebih banyak kesan positif. Keputihan berkurangan ke, makin ketat ke opss sebab Yaya dah baca testimoni dari rakan lain hihi rasanya selain wanita yang dah berkahwin, anak dara pun boleh juga minum Mama Sutra. Apa-apapun semuanya kena istiqomah dan dalam masa yang sama kena minum air banyak juga baru hasilnya lebih baik dan umpph ;)




Harga Mama Sutra (250ml)
RM 40 (SM)
RM 45 (SS)

Promosi Terkini!
Untuk mereka yang berminat untuk menjadi agent Mama Sutra, cepat-cepat daftar sekarang sebab pendaftaran terawal adalah percuma! :D 

Untuk pembelian dan maklumat lanjut :


Instagram : @mamasutrahq

No. Telefon : 014-7116101



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment