Nov 10, 2017

Hakubi White C Review




Masalah kulit kusam bagi yang selalu terdedah kepada matahari, sinaran UV dari cahaya telefon bimbit, aktiviti seharian yang sibuk sehingga terlupa rutin penjagaan kulit muka dan juga masalah wajah yang tidak sememangnya musuh ketat semua wanita. Kalau boleh kita sentiasa nak nampak muka kita berseri walaupun jarang menggunakan alat solek. Betul tak?


Jom atasi masalah kulit seperti kusam, bintik hitam, pigmentasi, jerawat, kedutan, kulit kering dan lain-lain lagi dengan Hakubi White C Series! Sato Pharmaceutical Co Ltd dari Jepun ini telah melancarkan produk pemutihan baharu iaitu Hakubi White C Plus dengan Vitamin C, L-Cysteine dan B6 untuk kulit yang sihat dan juga Hakubi White C Gel yang berfungsi untuk memudarkan bintik hitam dan kedutan halus pada muka. 


Hakubi White C Plus


Hakubi White C Gel


Jom kita berkenalan dulu dengan Hakubi White C Plus ini. Harga bagi sebotol comel yang mengandungi 180 biji tablet ini cuma berharga RM 122.85.

Hakubi White C Plus :
  • Mengandungi formula unik bagi membaik pulih struktur kulit dari tanda pigmentasi, jeragat, bintik hitam dan kulit kering. 
  • Selain menyihatkan lagi kulit kita, ianya juga merupakan makanan tambahan yang diperlukan oleh sistem tubuh badan kita.
  • Mengandungi khasiat Vitamin C, L-Cysteine, Vitamin B6.
  • Boleh diambil 3 kali sehari dengan 2 biji setiap kali pengambilan.



Kebaikan Hakubi White C Plus yang lain ialah :


  • Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan dan menggalakkan penyembuhan kulit.
  • Vitamin C dan L-Cysteine membantu menjaga kesihatan tubuh badan.
  • L-Cysteine menggalakkan metabolisma pada kulit.
  • Kalsium Pantothenate atau Vitamin B5 membantu penyerapan Vitamin C di dalam badan dan juga detoksifikasi.
  • Vitamin B6 mengaktifkan metabolisma kulit dan membantu meningkatkan kesihatan kulit.

Terlalu banyak pendedahan cahaya matahari pada kulit akan menyebabkan bintik gelap, pigmentasi, dan juga sunburn. Hakubi White C berfungsi untuk melembapkan serta melindungi kulit dan pada masa yang sama mengekalkan kesihatan kulit dengan mengurangkan bintik gelap pada kulit. Lepas ni takde masalah dah nak ke pantai atau kawasan yang kering dan panas. Kan ada Hakubi White C Plus. Hihi


Hakubi White C Gel yang sangat best ini pula cuma berharga RM 97.40 dan korang akan jatuh cinta hanya selepas sekali pemakaian!

Hakubi White C Gel :
  • Formula gel jernih yang meresap lembut pada kulit bagi memudarkan parut jerawat, jeragat dan masalah kulit yang lain.
  • Menyekat pengeluaran melanin dan melindungi kulit daripada kecacatan dan jeragat.
  • Mengetatkan liang pori, membersihkan dan memperbaiki keadaan kulit serta mengekalkan kulit yang sihat.
  • Melembapkan kulit dan menghalang kulit menjadi kering dan berjerawat. 
  • Ekstrak Licorice atau Glycyrrhizate Dipotassium dalam gel bertindak sebagai agen anti-radang untuk melegakan kerengsaan pada kulit.
  • Berkesan pada kulit dengan cara mengaktifkan sintesis kolagen pada kulit muka.
  • Memudarkan kesan bintik hitam sekaligus menghalang kedutan halus pada kulit wajah.

Suka sapu ke seluruh muka! Muka terasa sangat fresh dan soft! Parut jerawat pun makin pudar. Wee~


Menariknya setiap tiub belum pernah dibuka dan hanya kita sendiri yang akan memotong hujung tiub sebelum penggunaan bagi menjamin kebersihannya.


Jatuh cinta dengan tekstur Hakubi White C Gel yang sangat mesra pada kulit dan mudah meresap dan tidak melekit. Kesan lembut pada kulit akan berlaku serta merta dan korang akan dapat lihat parut jerawat dan garis halus akan muka berkurangan dalam masa beberapa hari sahaja!




Yaya suka sangat Hakubi White C Gel ni tau! Antara gel wajib dan kawan baik Yaya sekarang. Korang pun wajib ada kalau nak hilangkan parut jerawat dan garis halus pada wajah < 3


Yang pastinya, jangan lupa ambil Hakubi White C Plus bersama barulah kesihatan kulit dan kaedah pemutihan, keserian kulit wajah, masalah pigmentasi, garis halus dan proses memudarkan parut jerawat menjadi seiring gittew.  ;)

Mana nak dapatkan Hakubi White C Plus dan hakubi White C Gel? Korang boleh dapatkannya di semua cawangan SaSa dan juga Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia ^_^

Nak beli secara online di Watsons Malaysia pun boleh tau! Klik sahaja link produk dibawah ya :)



Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Hakubi Malaysia

#hakubimalaysia #hakubiwhitec #skinbrightening



Terima kasih sudi baca

18 comments:

  1. Kinda cool la this thingy

    ReplyDelete
  2. kalau jenis gel lagi senang nak sapu jer kat mana tempat yang berparut tu..

    ReplyDelete
  3. Wow ada kat watson , xprnh nampak nnt nk tgk betul2 hihi

    ReplyDelete
  4. wow looks like a kinda cool products will check out on this

    ReplyDelete
  5. menarik ni. wajib cuba! sebab ai ada bekas-bekas jerawat yang degil.

    ReplyDelete
  6. Ok bleh terjah Watson...nampak menarik produk ni...

    ReplyDelete
  7. Yaya selepas bersalin ni makin jadi2 cantiknya hehehe tak apa semua ni pun untuk suamikan bagus lah tu wanita sekarang kena jaga lebih penampilan hehehehe kita support yaya...

    ReplyDelete
  8. Selalu nampak produk ni kat Watson. Tak pernah pula belek". Bagus rupanya produk ni

    ReplyDelete
  9. menariknya, bergel2.. hmm nanti nak cuba cari dekat watsonlah.. nak putih lagi hehe

    ReplyDelete
  10. White plus tu interesting tp dah x berani nak consume anything mcm ni...takut jadi mcm dulu..muka keluar jerawat banyak

    ReplyDelete
  11. comel je mama yaya ni^^ good product patutla yaya makin berseri2

    ReplyDelete
  12. sure it works on you, we can tell from your skin! :D

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  13. lepas makan ni in shaa Allah makin berseri kan kan hehe

    ReplyDelete
  14. Good product...selain utk bg muka cerah...
    Vit c pun elok utk kulit kita kan..
    Boleh jadi mulus lagi

    ReplyDelete
  15. Ramai orang update produk ni. Teringin nak cuba sendiri. Nak tengok kesan dia.

    ReplyDelete
  16. Interesting product, if I'm not pregnant now confirm gonna try it out.

    ReplyDelete
  17. Jab jab... kalau lelaki, biar muka berparut... xde la nampak jambu sangat... sekarang nie, banyak sangat golongan kunyit....

    ReplyDelete
  18. Ambil niy selepas makan kew sis?

    ReplyDelete