Jun 18, 2017

Mek View International : Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum



Hai korang! Pejam celik, kurang seminggu je lagi kita nak menyambut Syawal. Macam mana dengan persiapan raya masing-masing? Persiapan Yaya sekeluarga sederhana sahaja. Maklumlah masih dalam mood berpantang. Kita pandang je dulu juadah raya nanti :') Walaupun masih berpantang, Yaya tetap beli baju raya sepasang okay untuk buat bergambar pagi raya nanti. Habis tu takkan muka tak bersiap kan? Mestilah nak cantik-cantik juga. Nak pakai make up juga :p


Siapa kat sini jenis muka berminyak? Macam Yaya, Yaya mempunyai jenis kulit yang berminyak di kawasan Zon T dan sedikit kering di kawasan selain itu. Sebab tu kalau nak pilih produk kecantikan muka, Yaya mesti kena pilih yang mesra dengan jenis kulit Yaya. Lepas tu kulit muka Yaya agak sensitif dan tak boleh pakai produk sebarang. Lagi pula nak raya, kenalah jaga kesihatan kulit muka betul-betul. Hoho


Salah satu persiapan raya Yaya ialah dengan memiliki Two Way Cake Full Coverage dan Soothing Ivy Serum dari Mek View International. Ramai dah menjadi pengguna produk Mek View ni dari review yang Yaya tengok dekat Facebook page mereka. Ternyata semua beri feedback positif dan Yaya pun teruja nak berhias wajah dengan kedua-dua produk ini. 


Two Way Cake With Full Coverage
Rasanya bedak two way cake dengan fungsi full coverage ni wajib ada dalam setiap beg tangan wanita. Yaya sendiri pun kalau dah keluar jalan ke event ke tiba-tiba baru perasan tertinggal bedak fuhh down 2 saat weh. Haha. So raya nanti benda wajib dalam beg tangan korang ialah bedak Two Way Cake ni okay! Sebab apa? Ianya mampu bertahan selama lebih 8 jam tanpa touch up. Fuhh. Tapi kalau muka tak flawless macam Yaya ni, mungkin kena touch gak sekali dua untuk maintain balik. Hihi. Yela nanti korang pun nak pi beraya kot muka dah naik minyak dek terik mentari, zass terus je dap dap muka tu dengan Two Way Cake Full Coverage ni.


Didatangkan dengan 2 jenis warna iaitu Kod 01 : Light Beige dan juga Kod 02 : Natural Beige. Pilihan Yaya yang mempunyai jenis kulit sawo matang gitu orang kata haruslah Natural Beige. Jangan buat hal nak pilih Light Beige tu weh. Tu untuk kulit ala-ala Sofea Jane takpe. Kofkof.

So apa kelebihan dan keistimewaan Two Way Cake With Full Coverage dari Mek View International ni?

Antara keistimewaannya ialah :
  • Mesra wuduk dan juga mesra solat
  • Tahan lebih 8 jam bergantung jenis kulit muka
  • Tekstur yang ringan dan halus
  • Mempunyai perlindungan UV sebanyak SPF50
Antara manfaatnya pula ialah :
  • Melindungi kulit dari sinar UV
  • Tidak melekit
  • Memudarkan hitam di bawah mata
  • Melembabkan kulit
  • Merawat kulit yang rosak dan mengecilkan liang pori di muka
  • Memberi efek cerah berseri
  • Menghilangkan parut jerawat, jerawat dan jeragat pada kulit
  • Menghilangkan kusam dan bintik hitam
  • Menghilangkan kesan kedutan pada wajah
  • Sesuai untuk kulit normal hingga sensitif


Review dari Yaya : Dalam gambar ni Yaya cuma memakai Two Way Cake With Full Coverage sahaja tau lepas tu pakai lipstik sikit. Apa yang Yaya perasan, parut jerawat Yaya dapat ditutup dengan baik bila menggunakannya. Selain itu, teskturnya yang halus dan ringan memang sangat mesra dengan wajah Yaya dan mudah disapu. Yaya juga suka dengan reka bentuk bekasnya yang mengasingkan span dan juga bedak. Mudah bila kita nak bersihkan span tu dan ianya tidak bercampur dengan bedak di atasnya. Kesan dark circle bawah mata juga terasa pudar sikit haha maafkan dark circle itu maklumlah sejak ada baby yang berusia 23 hari ni tak tidur malam sungguh seorang Yaya. Kikiki


Soothing Ivy Serum

Tahu tak semua perempuan wajib pakai serum selepas mencuci dan menyapu toner pada wajah? Ianya membantu melembutkan dan merawat sel kulit muka kita dari dalam. Kalau andai kata hujung minggu korang just duduk kat rumah je tak keluar kemana-mana, sila pakai serum ni kat muka dan korang boleh rasa kelainannya tau. Muka pun terasa lebih lembab dan sihat. 


Untuk mereka yang mengenakan alat solek pula, wajib bagi korang untuk memakai serum sebelum mengenakan sebarang alat solek. Pengalaman Yaya, kalau pakai serum sebelum make up, jarang sekali jerawat naik tau. Sebab apa? Muka kita dah ada protection gitu dari sebarang bendasing atau kuman. Hihi


Tekstur Soothing Ivy Serum ni sangat watery dan mudah meresap ke dalam kulit wajah kita. Kalau perasan, korang boleh nampak ada beads berwarna di dalam serum ini. Ianya akan larut bersama bila korang sapu ke wajah. Beads itu sebenarnya ialah kolagen yang akan membantu melembabkan kulit wajah kita.

Manfaat Soothing Ivy Serum :
  • Melembabkan kulit muka dengan efektif
  • Menyejukkan kulit wajah dan meredakan jerawat
  • Menyegarkan kulit muka selepas sapuan
  • Membantu foundation untuk tahan lebih lama
  • Mengecutkan liang pori di wajah
  • Mengurangkan rasa tidak selesa pada kulit wajah


Review dari Yaya : Seperti yang Yaya mention diatas tadi, tekturnya yang watery dan mudah meresap memberikan kelembapan kepada kulit wajah Yaya. Yang bestnya, kawasan kulit muka Yaya yang kering juga dapat dibaiki dan ianya mengurangkan kesan crack apabila Yaya menyapu bedak. Selain itu, Yaya suka dengan fungsinya yang menyejukkan wajah. Rasa fresh gitu. So ini serum wajib sebelum Yaya bermake up di pagi raya nanti supaya make up lebih tahan lama ;)


Jemput lihat testimoni dari pengguna Two Way Cake With Full Coverage Dan Soothing Ivy Serum yang gembira selepas menggunakan produk ini.:






Nice ke tidak? Jangan lupa tau dapatkan kedua-dua produk Mek View International iaitu Two Way Cake With Full Coverage dan juga Soothing Ivy Serum. Nak lagi best, beli dengan harga kombo. Lagi berbaloi-baloi ^_^


HARGA :

MEK VIEW TWO WAY CAKE WITH FULL COVERAGE
RM 79.00 (SM)
RM 85.00 (SS)

MEK VIEW SOOTHING IVY SERUM
RM 35.00 (SM)
RM 40.00 (SS)

HARGA SET COMBO
Two Way Cake With Full Coverage + Soothing Ivy Serum
RM 100.00 (SM)
RM 105.00 (SS)

Untuk maklumat lanjut :

Facebook :

Instagram :

Atau hubungi/Whatsapp :-
017 - 351 1510





Terima kasih sudi baca



3 comments:

  1. best kan pakai produk Mek View ni kan yaya hihihi

    ReplyDelete
  2. Kihkihkih saye sawo matang jugek. Pilih light beige. acah acah putih :D :D :D

    tapi ok je, masuk dengan warna kulit

    ReplyDelete
  3. Macam best ja Mek View nie ... Teringin plak .. =)

    ReplyDelete