Jul 19, 2014

Spa muka menggunakan bahan terbuang?

Assalamualaikum semua 


Sejak sejak cuti ni, masa yaya lebih banyak dihabiskan dengan kat rumah sahaja. Kalau takde invitation dari mana mana, yaya memang tak keluar rumah langsung. Nak diceritakan, pernah hampir seminggu yaya langsung tak keluar rumah. Kehidupan selama seminggu di dalam rumah sahaja. Haha. Macam kena kurung pulak tapi tulah. Memang jenis suka melekat kat rumah.


Tapi bila bulan puasa ni, paling keluar yaya jejak pun hantar ambil adik adik ke tuisyen, teman ibu pergi pasar, or beli ais sebab saudara mara nak berbuka puasa kat rumah.


Kerana terlalu banyak masaku dirumah, suka la nak manjakan diri dengan cara yang lebih organik. Gitcheww


Haritu ada habuk teh o lebih buat minum berbuka. So yaya simpan dalam peti ais. Masa simpan tu dalam hati berniat, Sahaja aku nak saje saje skrub muka esok kerana untuk nak flawless. kahkah.



Nampak tak muka macam kusam masam akibat tawaf 3-4 kali kerana kena hon sebab parking tepi kerana parking semua full dan oleh sebab menunggu ibu mengambil barang customer beliau di Avon. 
Fuhh siap satu ayat.

(Make up yang digunakan : Bedak baby. Other side of yaya is little selekeh actually alah setakat duduk dalam kereta atau beli surat khabar kat Uncle Suppaya je bukan nak jumpa Ku Hariz. #ehh)



Bila dah jarang make up sekarang, haruslah jangan malas. Skrub muka anda sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Macam yaya sebulan sekali. Sebab yelah busy. Apa yang busy pun tatau.


Sorry tak snap muka sebelum. Sebab yelah mana sangka nak share. Tahu tahu bila tengah sental muka tu baru teringat nak snap gambo. muehehe


(Sumber Google)

Steps

1. Ambil siap siap bila air teh o dalam teko dah separa habis. Kang takut ibu terbuang. Haha

2. Koyakkan sachet serbuh teh tu dan ratakan seluruh muka. Make sure buat kat sink so habuk dia bersepah dalam sink je. Sental sambil selawat ke atas nabi.


3. Ni time nak tunggu kering. 

4. Agak agak dah rimas habuk dia dah turun, boleh la pergi cuci. Gosok dengan lembut.

.

.

.

(semua gambar diatas tidak menggunakan application 360 cuma edit watermark and letak kartun ja sbb nak tutup apa yg terbuka)


Korang boleh rasa tekstur muka korang lebih lembut lepas tu. Dan juga boleh membersihkan whitehead blackhead. Lepas tu boleh perasan flawless sekejap walhal tu cuma perasaaan yang perasan sahaja. Kalau rasa nak lebih flawless, rajin buat. 



Selain pakai serbuk teh, korang boleh juga skrub muka dengan tomato, aloevera, garam atau gula, ataupun rajin lebih sikit kentang yang dikisar dengan susu tepung. Semua kat atas yaya pernah buat. Tapi tulah. Tak rajin. Sobs. Lepas ni nak rajin semula la. (konon sangat)



Selamat Mencuba!




Terima kasih sudi baca  

2 comments:

  1. Oke! nanti kak fiza cuba

    nanti

    tah bila .

    haha!

    ReplyDelete
  2. wow.. patutlah muka berseri2.. hahaha

    ReplyDelete