Jun 30, 2022

Marrybrown Oishii Japan Menu Baharu Yang Memikat Selera



Hai korang! Mesti ramai antara korang yang suka makan Marrybrown kan? Yaya punn especially diorang punya bubur pedas dan ayam goreng memang sedap sangat everytime pergi mesti beli set pilihan hihi. Terbaharu, Marrybrown melancarkan menu Oishii Japan untuk penggemar rangkaian Marrybrown di seluruh Malaysia. Marrybrown kini membawa peminatnya kepada hidangan yang cukup istimewa yang sememangnya ''something different'' bersempena dengan kempen 'Around the World'. 


Yang pastinya, Marrybrown kini mempunyai lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan kualiti mengikut standard, kebersihan dan servis yang sentiasa dipertingkat bagi memuaskan lagi hati para pelanggan setia mereka.


Dato' Joshua Liew (center), Chief Executive Officer of Marrybrown melancarkan hidangan Marrybrown Oishii Japan

"Menurut Dato' Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown; Jepun mempunyai pelbagai jenis makanan lazat yang menyelerakan untuk memikat hati anda. Ciri-ciri makanan Jepun boleh dikatakan hampir serupa dengan masakan Malaysia, dimana kedua-duanya sedap, segar, lengkap dan unik bagi setiap hidangan. Itulah sebabnya rakyat Malaysia mudah menerima makanan Jepun dan berasa amat selesa dengan hidangan dari negara matahari terbit itu. Oleh yang demikian, kami tidak sabar untuk memperkenalkan menu Oishii Japan kami yang unik namun sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia."


Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. 


Roti burger Oishii disertakan Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera. 


Kali ini dengan menyatukan rasa Teriyaki Wasabi, ia boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos.


Menu OISHII JAPAN

4 Set Menu OISHII JAPAN di Marrybrown :


Marrybrown's Oishii Burger (Combo)

Set burger Oishii bersama Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown's Oishii Box Meal

 Oishii Burger bersama 1 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken, Potato Wedges dan air Sakura Fizz


Marrybrown's Oishii Rice Bowl

Set ini didatangkan bersama potongan Marrybrown’s Crispy Chicken diselaputi sos teriyaki Wasabi, nasi dan air Sakura Fizz


Marrybrown's 2-pcs Oishii Chicken (Combo)

2 ketul Marrybrown’s Crispy Chicken dihidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz. Bersama-sama set ini juga terdapat sos teriyaki & wasabi.


Kalau teringin nak cuba citarasa Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, serta hidangan nasi dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90. Selain itu, para penggemar juga boleh mendapatkan Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, dimana harga bermula dari RM 15.30.

Tak pasti nak cuba hidangan yang mana satu? Jangan risau, korang boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90. Paling berbaloi pastilah Marrybrown Oishii Box Meal kan boleh rasa semua hihi



Yaya dah try burger pink Oishii Japan ni memang sedap! Air pink Sakura Fizz tu sedap betul! 
Wajib cuba okay ^_^


Bersama kesemua karakter anime yang memperagakan pakaian kostum animasi 'cosplay' ketika di majlis pelancaran Marrybrown Oishii Japan


Untuk maklumat lanjut mengenai menu terbaru Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran boleh layari:-

Laman web: https://marrybrown.com

Applikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: @marrybrownmy


Terima kasih sudi baca    

Apr 20, 2022

Upin & Ipin Kampung In The City @ HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur


Berpeluang membawa Dahlia dan juga maksu Farissa yang disayangi ke Upin & Ipin "Kampung In The City" yang bertempat di HYdeout Grand Hyatt di Kuala Lumpur tempoh hari adalah pengalaman manis buat kami bertiga. Manis buat Dahlia, manis lagi buat ibu yang juga membesar dengan karakter kartun Upin & Ipin hihi. Walaupun dah besar bagi usia Yaya untuk meminati Upin & Ipin, tapi seronok tau tengok kartun Upin & Ipin ni. Bukan budak kecil je suka tapi mak mak pun suka juga! 


Bagi mereka yang mempunyai anak seusia Dahlia, sila bawa mereka ke sini! Confirm tak berhenti celoteh mereka siap cerita lagi dekat atuk dan nenek yang Dahlia jumpa Upin & Ipin, makan ayam goreng Upin & Ipin, jumpa kawan-kawan, main permainan yang menyeronokkan dan macam-macam lagi! Kita sebagai ibu pun tumpang gembira dan seronok tengok anak seronok ;)

Baru kat pintu masuk je dah berpuluh gambar dia posing. Terpaksa la ibu masukkan tiga ya wakaka. Ini kali kedua kami ke Grand Hyatt. Kalau sebelum ni kami sekeluarga bermalam 2 malam disini. Memang best ye lagi-lagi bila view menghadap KLCC. 



Lawa kan pemandangan bilik kami menghadap KLCC hihi

HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur

Kalau nak tahu, sebelum ini HYdeout telah mencipta nama sebagai tempat makan dan berkumpul mesra keluarga dan dalam masa yang sama memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Konsep mesra keluarga ini adalah yang pertama di Grand Hyatt Kuala Lumpur. Tema 'Dinotopia' telah memberi kejayaan besar dan ramai memberikan reaksi positif. Pada 9 April 2022 sekali lagi pihak hotel memperkenalkan tema eksklusif dengan menampilkan Pemenang Anugerah paling disayangi Di Malaysia, dalam siri animasi iaitu - Upin & Ipin.


"Untuk membolehkan kami terus mengekalkan momentum, idea-idea yang menarik menjadi satu keperluan buat kami untuk terus mendukung objektif HYdeout yang ingin menonjolkan keseronokkan keluarga. Kami juga berharap dengan membawa tema “Kampung In the City” akan memberi kesan mahupun impak yang baik buat tetamu tempatan mahupun antarabangsa, sama seperti pengalaman kami rasai. Kami berbesar hati untuk berkerjasama dengan Les’Copaque Production, yang merupakan perintis syarikat Animasi terkemuka di Malaysia, dan juga pencipta Animasi nombor satu Malaysia iaitu Upin & Ipin, untuk merealisasikan visi yang kami percaya akan dengan tema yang ditetapkan akan menggamit zaman nostalgia keluarga ketika mengembara di suasana kampung. " -Olivier Lenoir, Pengurus Besar Grand Hyatt Kuala Lumpur.

 Pengarah Urusan dan Penerbit Les’Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi berkongsi, 

"Ini merupakan satu kebanggaan dan keistimewaan buat kami apabila dapat bekerjasama dengan Grand Hyatt Kuala Lumpur bagi tema baru HYdeout kerana kami dapat menghidupkan elemen-elemen Upin & Ipin di luar layar skrin. Kami berhasrat agar dapat memupuk masyarakat tentang budaya tempatan dan hiburan tradisional bermula dari pengembaraan Upin & Ipin. Pengembaraan ini menjadi laluan untuk kita menghargai asal usul dan menghidupkan kenangan zaman kanak-kanak di tengah arus pemodenan. Terima kasih kepada HYdeout, kami berharap pengalaman yang unik ini akan memupuk rasa keakraban yang sama dalam kalangan peminat Upin & Ipin malah memperoleh peminat yang baru."




Geram betul muka excited dia walaupun pakai face mask! 

Tema “Kampung in The City” di HYdeout

Dengan tema baharu iaitu “Kampung in The City” di HYdeout pastinya meraikan pelbagai keunikan dan tarikan Upin dan Ipin sebagai tema utama ruangan yang telah disediakan, serta pelbagai tawaran menarik disajikan, seperti makanan bufet yang lazat sehingga ke hiburan seperti permainan, messy play, permainan tradisional, aktiviti mewarna wau, sudut bacaan, gerai carnival, dinding 3D, tayangan filem dan pelbagai lagi. Kanak-kanak juga bakal dikejutkan dengan penampilan khas Upin & Ipin.



Ruang makan yang besar dan selesa



Sudut tumpuan semestinya bagi menu kambing bakar dan juga ikan bakar.





Pelbagai aneka kuh-muih






Ayam goreng Upin Ipin yang menjadi pilihan kanak-kanak. Memang sedap ya!


Dahlia makan ayam goreng Upin & Ipin 2 ketul!



Feeling macam betul-betul dalam adengan di Kedai Ah Tong seperti di dalam animasi Upin & Ipin.


Paling seronok tentunya sudut permainan kanak-kanak yang disediakan.





Permainan lain semua percuma kecuali kuda pusing ni boleh beli token berharga RM5 untuk 3 kuda pusing hee


Nak beli produk Upin & Ipin pun boleh


Seronok Dahlia dan kawan-kawan bermain disini.







Antara slot aktiviti yang disediakan di Upin & Ipin Kampung In The City @ HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur. 







Suasana menjadi gamat dengan kehadiran maskot Upin & Ipin! Seronok semua kanak-kanak dan menari dan beramah mesra dengan Upin & Ipin



Senyum sampai balik rumah ye dapat jumpa Upin & Ipin ^_^



Terpaksa masukkan semua gambar Dahlia senyum seronok! hahahah biasalah simptom mak mak suka anak happy :D




Yang ni paling Dahlia suka! Siap sambung mencanting batik kat rumah dan boleh bawa balik hee memang pengalaman yang menyeronokkan buat kami.


Jom gembirakan anak-anak dan bawa mereka ke Upin & Ipin Kampung In The City yang bertempat di HYdeout Grand Hyatt Kuala Lumpur. Rasai sendiri pengalaman dan keseronokan berada di dalam dunia Upin & Ipin ^_^



Bulan Ramadhan
· Tarikh : 9 – 30 April 2022
· Sesi : 06.30 PM – 10.00 PM setiap hari
· Harga : MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Waktu Biasa
· Tarikh : 6 Mei 2022 dan seterusnya
· Sesi :11:00 AM – 02:00 PM | Sabtu & Ahad , manakala 07:00 PM – 10:00 PM | Sabtu sahaja
· Harga: MYR 248 untuk dewasa | MYR 168 untuk kanak-kanak

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi +60 3 2182 1234 / hydeout.kuagh@hyatt.com



Terima kasih sudi baca