May 21, 2018

Aksesori Trending Untuk Digayakan di Pagi Raya


Hai korang! Dah buat persiapan raya ke tu? Amboi awal benau pun haha tapi tulah tahun lepas Yaya dah siap beli baju raya sebelum Ramadhan lagi sebab due bersalin dalam bulan puasa gitu. Mujur betul dah siap beli sebelum puasa time tu. Lega dah takda terkejar kejar buat persiapan lambat. Tahun ni sebab dah ada baby Dahlia makanya bajet persiapan raya pun bertambah jugalah (takpe tu biar ayah dia sediakan wakaka). Cumanya Yaya sampai sekarang tak tahu nak pilih warna tema apa untuk kami bertiga. Pening weii. Korang ada idea tak? -.-


Selain dari persiapan baju raya, langsir raya, kuih raya dan sebagainya, kadang-kadang kita terlepas pandang atau tak ambil berat pasal aksesori raya. Betul tak? (ke Yaya je? ^^') Teringat zaman muda mudi dulu dah siap beli baju raya cantik tetiba esoknya nak raya baru teringat takde aksesori nak digayakan dipagi raya! Huwaa hambarlah raya daku :( Kelam kabut ajak ibu pergi Jalan TAR cari aksesori untuk baju, pin tudung dan beg tangan nak buh duit raya kikiki budak-budak betul. 


Dah 2018 ni, macam-macam jenis aksesori menarik yang boleh kita gayakan malahan menjadi trending tak kira dari peringkat belia mahupun dewasa. Mak mak kita pun taknak kalah okay! Jom kita tengok antara Aksesori Trending Untuk Digayakan di Pagi Raya nanti ;)

Wee cantiknya! Yaya dulu adalah beberapa koleksi Rantai Leher macam ni acah-acah hijabista la kan hello yang penting confident okay! Bagi Yaya memang lawa sangat bila kita gayakan aksesori rantai leher macam ni kalau busana yang kita pakai tu bercorak kosong dan berwarna lembut. Bila pakai rantai yang color block ni aura dan seri pemakai pun jadi naik. Yang penting kena pandai-pandai matching dress la hihi



Benda wajib! Yess benda wajib bila kita mengenakan kebaya atau kebarung. Tak lengkap rasanya kalau tak menggunakan aksesori Dokoh ni. Dokoh ini kebanyakannya hadir dengan warna gold atau silver ataupun gangsa. Memang takdelah kot warna dari selain Yaya sebutkan tu. Yaya rasa tahun ni mungkin Yaya akan menggunakan dokoh bagi salah satu baju raya Yaya? Pastinya nampak ayu gadis melayu bila kita mengenakan dokoh pada baju raya nanti.





Anting-anting juga merupakan salah satu aksesori wajib bagi mereka yang gemar bergaya. Apatah lagi ianya juga boleh digayakan bagi mereka yang berhijab. Bagi Yaya memang kreatif la siapa yang cetuskan idea ni. Nampak ranggi dalam kemanisan bertudung bila kita yakin dan pandai mengenakan aksesori anting-anting labuh ini dengan pakaian yang dipakai. Yaya suka style anting-anting labuh yang simple tapi tetap sweet gituu ;)


Kalau dulu time raya je mesti semua orang keluarkan koleksi barang kemas untuk digayakan pada hari lebaran. Yelah nampak istimewa sikit bila mengenakan barang kemas di pagi raya. Tapi seiring dengan arus masa, pelbagai aksesori Gelang Tangan yang tak kurang hebatnya mula mendapat tempat di hati untuk digayakan di pagi raya. 


Tak lengkap rasanya kalau tiada Beg Tangan atau tas tangan ketika berkunjung raya ke rumah sanak saudara. Bak kata orang beg tangan ni sebagai pelengkap bagi penampilan seseorang kan. Yaya suka sangat beg tangan yang jenis kecil dan comel. Tapi sejenis Yaya ni pulak semua tok nenek barang nak sumbat makanya daku cuma memandang gembira kalau orang lain yang gayakan kikiki :p. Teringin juga nak pakai simple clutch bersama dress kurung moden. Mesti nampak manis sangat wallahhh ^_^


Ni antara benda wajib la kot bagi Yaya dan kebanyakan wanita untuk aksesori di pagi raya? Rasanya banyak lagi aksesori trending kan cuba korang share apalagi? Hihi.


Yaya sempat godek-godek pilihan busana yang tersangat la cantik dari butik baju raya online milik cirgaro.com ni. Aduhai manis sangat design dari mereka. Bila dikenakan dengan aksesori, nampak anggun dan sophisticated gituh. Jom pilihkan untuk Yaya boleh tak korang? :D




Ni antara pilihan hati Yaya di pagi raya nanti. Idea untuk dikenakan dengan aksesori nanti pun Yaya dah boleh bayangkan. Yaya memang suka design yang simple tapi tetap cantik dan manis dipandang. Tapi tulah pening nak buat keputusan nak beli warna apa huhu



Warna hijau atau ala ala mint green ok tak korang? Cute kan warna ni? ^_^



Kalau korang pun berkenan dengan busana dari Cirgaro ni, boleh terus buka website mereka tau. Kat sana ada pelbagai pilihan menarik termasuk koleksi kurta lelaki, jubah, baju raya sedondon, baju kurung peplum style, mini kurung dan banyak lagi! Memang rambang mata tengok :) Baru survey untuk baju raya sendiri tapi untuk Shawn belum lagi. Aduh nak suruh dia pakai baju melayu ke kurta ye? Mana pilihan korang? Jom baca kat sini -> http://www.mawardiyunus.com/2018/05/antara-baju-melayu-dan-kurta-mana.html

Untuk maklumat lanjut :
Instagram : @cirgaroapparel 
Contact No : 017-6055338

Alamat : 
Butik Cirgaro Apparel , 
Lot F4A, First Floor Plaza Shah Alam 
No. 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9/E, 
Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

atau

Booth Raya di 
Ground Floor Plaza Shah Alam 
(berhadapan Giordano) 

atau

Booth Raya di 
Ground Floor Aeon Shah Alam 
(berhadapan Padini)

Waktu Operasi
10 pagi - 10 malam 



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment